Sedap hirup air melalui straw. Lepas habis, terus ditinggal begitu sahaja atau dibuang ke dalam tong sampah. Agak-agak berapa banyak anda guna straw dalam masa sebulan? Cuba kira jap.

Banyakkan? Kalau makan pun kenyang. Sebut pasal makan, ada seorang pelajar peringkat Master di luar negara telah memenangi satu pertandingan bersama rakannya berkaitan straw yang boleh dimakan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Wah! Hebatkan. Straw boleh dimakan. Sebelum ini ada juga orang lain cipta sudu garfu yang boleh dimakan. Tapi saya tak ingat pula apa namanya. Kalau tahu, tolong share di sini OK.

Berbalik kepada edible straw, satu kebanggaan apabila ia turut diusahakan oleh anak Malaysia kita. Ya, satu pencapaian yang mengharumkan nama negara.

Jadi, mari kita kenali jejaka ini yang belajar dengan biasiswa Kesatuan Eropah. Bab biasiswa pun dah menarik kan. Jom kita korek siapa dia.

Latar Belakang

https://www.instagram.com/p/BHzfVz3BGHH/

Ada ayah dan emak yang supportive dan cool. Kakak dan abang ipar yang sangat membantu. Adik perempuan yang selalu sedia menolong dan seorang anak buah yang sangat comel, ini kisah Yob.

Nama penuh Muhamad Syahir Suhaimi dari Kuala Lumpur. Umur, 27 tahun. Nama panggilan Yob sebab emak orang Perak. Pernah bersekolah di SMK Putrajaya 16(1) dan graduan Bachelor in Food Service Technology dari Management & Science University (MSU).

Fakta yang mungkin menarik, Yob pernah memenangi Gold Chancellor Award pada 7 Julai 2012 dimana ia dianugerahkan oleh Permaisuri Agong terdahulu Tuanku Hajah Haminah Hamidun ketika graduation ceremony di MSU.

Kemudian bekerja di Nestlé (Malaysia) sebagai ‘Quality Assurance Executive’ (QAE) sebelum berpindah ke bahagian pengeluaran sebagai ‘First Line Manager’.

Yob menganggap dirinya seorang pelajar yang average sahaja, tak ada orang pandang. Sehinggalah Yob masuk ke Kolej Matrikulasi Melaka, dia dikelilingi rakan-rakan yang baik dan suka membantu.

Disitulah Yob baru mula memerhati cara mereka belajar dan cuba serap teknik yang bagus, campur dengan gaya belajar sendiri. Akhirnya, keputusan semester 2 di matrikulasi ada peningkatan.

Keyakinan makin bertambah, dari situ mula full speed – sentiasa mencuba untuk buat yang terbaik sampai sekarang.

Sambung Belajar Dengan Biasiswa Kesatuan Eropah

https://www.instagram.com/p/BJd9WSbBKIv/

Setelah 3 tahun bekerja Yob terfikir untuk sambung belajar. Ada masa terluang, Yob guna carian Google, terjumpa satu program yang sangat cool, dikenali dengan nama Erasmus Mundus Master in Food Innovation & Product Design (FIPDes).

Program ini dibuka untuk 25 orang pelajar dari serata dunia setiap tahun (bagi Non-EU citizen). Program ini telah berjalan selama 5 tahun dan Yob merupakan orang Malaysia pertama terpilih untuk program FIPDes ini.

“Program ini memerlukan saya untuk merantau ke 3 negara dan belajar di 3 universiti. Semester pertama saya di AgroParisTech, France dan semester kedua di Dublin Institute of Technology, Ireland.

Untuk tahun kedua saya memilih majoring in Food Packaging & Logistics, oleh itu saya perlu ke Lund University, Sweden.

Program ini sangat bagus dan mencabar. Exposure yang sangat luas kepada food industry. Saya ingin rakyat Malaysia lain untuk apply ke program FIPDes ini.

Saya mempunyai rakan sekelas dengan 19 warganegara (nationalities) berbeza dan menjadikan saya lebih terdedah dengan budaya dan cara hidup orang lain,” kata Yob.

Menurut Yob, dia beruntung kerana bukan sahaja dapat masuk ke dalam program ini tetapi turut diberi juga biasiswa penuh Erasmus Mundus Scholarship dari European Union kerana hanya beberapa orang pelajar sahaja akan diberi biasiswa penuh.

Penglibatan Awal Dalam Pertandingan Inovatif

https://www.instagram.com/p/BOCZrvahf_O/

Projek edible straws ini lahir ketika Yob di Lund University pada tahun kedua FIPDes, majoring in Food Packaging & Logistics.

Untuk Senior Project, Yob dan rakan-rakan diminta untuk close any gap in food packaging menggunakan Design Thinking Process. Ketika itu Yob satu kumpulan dengan Divya Mohan dari India dan Brendan Crosse dari Ireland.

“Menggunakan nama kumpulan “The Edibles” kami lahir dengan edible straws idea. Edible straw idea ini tidak terhenti di sini kerana kami melihat banyak positive feedback yang diberikan ketika selesai senior project tersebut,” terang Yob.

Jangkaan Dalam Pertandingan Ini

https://www.instagram.com/p/BTEIStFDf00/

Pertandingan Dragons at the University 2017 bukanlah yang pertama disertai oleh kumpulan Yob. Namun begitu, mereka begitu teruja dengan pertandingan ini kerana mendapat pengalaman dan pendedahan yang bagus.

Dalam pertandingan ini pelabur akan berpeluang mengkritik idea peserta secara terbuka seperti sebuah rancangan TV bertajuk Dragons Den.

“Ini adalah sangat bagus untuk menyedarkan kami tentang kelemahan dan kelebihan kami. Satu-satunya projek yang dianggotai oleh peserta dari bukan business/entrepreneur background (kami consider diri kami dari science background) dan bukan mat salleh.”

Menang itu bonus kerana pada permulaannya mereka tidak mengharap untuk menang tetapi berhasrart untuk memberikan pitch yang terbaik dan dapat menyedarkan orang ramai tentang ancaman yang dibawa oleh plastic straw.

“Kami menerima 2 anugerah utama iaitu Overall Winner (dinilai oleh juri/investor) dan juga Audience Choice Award (diundi oleh audience).”

Sudah dicatatkan sebagai rezeki buat The Edibles, idea bisnes mereka diterima oleh semua orang termasuk penonton dan pelabur (juri).

Projek Edible Straw

https://www.instagram.com/p/BPulr2XBmAM/

Ini jawapan Yob apabila ditanya bagaimana projek Edible Straw ini bermula. Ia menarik kerana wujud kesedaran untuk menyelesaikan masalah pencemaran sedunia:

Kami inspired dari satu gambar tentang pantai yang tercemar di Rio De Janeiro sebelum sukan Olimpik 2016 bermula. Kami terkejut untuk mengetahui yang straw adalah 7th biggest pollutant in the ocean.

Nampak kecil, tapi memberi impak yang besar. Dengan saiz yang kecil, ia sukar di kitar semula dan straw bukan sahaja mencemarkan alam tetapi juga menyebabkan kehidupan marin terancam.

Mengetahui yang 500 juta straw digunakan di Amerika sahaja setiap hari sangat mengejutkan kami. Bayangkan apa yang berlaku di seluruh dunia? Kami perlu membuat sesuatu untuk mengatasi masalah ini.

Walaupun ade beberapa kempen tentang jangan menggunakan straw berlangsung, namun tidak berjaya kerana dari kajian yang kami jalankan, majoriti orang ramai masih mahu menggunakan straw untuk keselesaan mereka (convenience).

Straw yang akan kami hasilkan adalah zero-waste dan bukan seperti cookie straw yang akan lembut di dalam air selepas direndam selama 10 minit, tetapi edible straw yang akan ada sama “usability” and “functionality” seperti plastic straw.

Kami juga ada perancangan untuk fortified edible straw ini dengan perasa yang berbeza ataupun dengan nutrient bergantung pada kawasan. (contoh: Sweden perlu lebih Vitamin D kerana kurang cahaya matahari)

Perancangan Selepas Pertandingan

https://www.instagram.com/p/BTGHfuxDQjU/

Ini pula perancangan seterusnya selepas memenangi pertandingan. Ia satu langkah yang besar dan bakal mengubah landskap dunia:

Seperti yang diberitahu, Dragons at the University 2017 bukanlah competition pertama yang kami sertai. Terdahulu kami telah diberikan tajaan (investment) sebanyak Euro 5000 dari Climate-KIC untuk membangunkan prototaip dan bisnes kami.

Kami masih lagi di dalam proses percubaan untuk menghasilkan edible straws ini. Setakat ini, apa yang boleh di kongsikan adalah, kami cuba mengunakan extrusion process of corn starch untuk menghasilkan straw yang boleh dimakan.

Yang lain rahsia. Tunggu kemunculannya nanti!

Dalam masa yang sama, kami juga sedang approach potential customer yang berminat dengan idea kami. Buat masa sekarang kami fokus kepada self-owned restaurant.

Perlahan-lahan, kami juga mahu menembusi fast food chain kerana ia sangat banyak menggunakan straw. Matlamat kami adalah untuk menggantikan semua straw plastik kepada edible straw di muka bumi ini.

Dalam bulan Mei depan, kami akan kemukakan idea kami di Packbridge Research Forum di Sweden dan Though For Food Summit di Amsterdam.

Tip Untuk Orang Lain Mengikut Jejak Langkah

https://www.instagram.com/p/BJHW8ovhED8/

Yob menyatakan setiap orang patut yakin dengan diri sendiri, bersikap terbuka kepada kritikan dan pendapat orang lain. Baginya, mendengar pendapat tak semestinya perlu ikut semua pendapat yang diberi, tetapi tidak rugi untuk mendengar.

“Faham tentang diri anda sendiri, kelemahan dan kelebihan anda. Sentiasa perluaskan kelebihan dan perbaiki kelemahan.”

Yob turut berkongsi pautan yang mungkin boleh membantu pembaca Vocket yang berminat:

1. Dragons: Design dan FIPDes

2. Climate KIC: Climate-KIC dan The Edibles Straws The Next Food Hero

“Saya dari dulu ada personal mission untuk beri inspirasi dekat others especially young generation yang biasa-biasa (atau kurang menyerlah, term cikgu-cikgu suka pakai) dekat sekolah dan kurang yakin dengan diri sendiri.

Saya sendiri dapat 5C sahaja untuk Fizik masa SPM. Tapi saya bertuah sebab parents saya tak kisah saya nak buat apa yang saya suka. Tahun 2017, saya tengok masih ada parents yang mahu anak mereka mati-mati jadi doktor, lawyer, dan lain-lain. Itu perlu ditukar.”

Kami di Vocket mendoakan Syahir dan ahli kumpulan The Edibles berjaya merealisasikan edible straw ini secara komersil agar masalah pencemaran melibatkan straw plastik dapat dikurangkan. Terima kasih Syahir kerana sudi ditemubual oleh kami.