Mini Malaysia memperkenalkan Mini Countryman edisi khas ini yang dikenali sebagai Mini Countryman Park Lane. Park Lane adalah nama ‘showroom’ kereta terkemuka untuk jenama Mini Cooper di Britain. Ini bukanlah edisi Park Lane yang pertama. Edisi khas Park Lane pernah keluar beberapa kali sebelum ini dan edisi Park Lane kali ini membuat ‘comeback’ dengan model Countryman.

Versi Countryman ini mudah dikenal pasti berbanding model Countryman yang lain kerana ianya didatangkan dengan ‘bodykit’ Mini All4 dengan kemasan warna Earl Grey. Bumbung dan cermin tepi kereta ini disalut dengan warna khas, Oak Red. Warna ini juga terdapat di bahagian ‘hood’ kereta, bonet dan sisi tepi kereta yang menambahkan lagi ‘feel’ garang kereta ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kekuatan kereta ini ditambah lagi dengan enjin 1.6 liter empat silinder Mini TwinPower turbo yang boleh menghasilkan 190hp. Kereta ini boleh memecut dari 0 ke 100km/h dalam masa 7.8 saat dan mempunyai ‘top speed’ 212km/h. Mini juga berkata kereta ini menggunakan minyak 7.5 liter untuk setiap 100km.

Hanya 88 unit kereta edisi khas Countryman Park Lane ini terdapat di Malaysia dan harga pasaran untuk kereta ini adalah RM253,888.00 di atas jalan tanpa insuran. Adakah sengaja Mini membawa masuk 88 unit kereta ini di Malaysia? Bagi kaum Cina, nombor 8 adalah nombor yang membawa ‘ong’ untuk mereka. Mungkin ini strategi pemasaran Mini sempena Tahun Baru Cina? Apa pun, jom layan gambar kereta ini secara lebih dekat.

MINI-Countryman-Park-Lane-03

MINI-Countryman-Park-Lane-09

MINI-Countryman-Park-Lane-10

Sumber