Taron Egerton merupakan pelakon utama untuk siri Kingsman. Namun, untuk filem ketiga ini, Egerton berkata beliau tidak akan terlibat langsung dalalm proses penggambaran.

Ketika sesi temubual bersama Yahoo! Movies UK untuk mempromosikan filem terbaru lakonan beliau Robin Hood, ketika ditanya tentang Kingsman, beliau mengesahkan Eggsy tidak akan terlibat dan memainkan peranan dalam terbaru itu nanti.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Mungkin saya sudah boleh mendedahkan bahawa saya tidak akan berada dalam filem Kingsman yang terbaru. Tetapi ini tidak bermakna saya terus meninggalkan siri Kingsman ini,” kata beliau. Egerton turut menambah beliau akan kembali sebagai Eggsy sekali lagi cuma untuk filem ketiga ini, ianya akan berlegar dalam cerita yang baharu tetapi masih dalam universe Kingsman.

Bagaimanapun, beliau berkata Matthew Vaughn akan terus berada dalam filem ketiga dan prospek untuk filem ketiga adalah sangat menarik. Siri ketiga Kingsman akan membawa penonton ke zaman Perang Dunia Pertama dan menjelaskan bagaimana rangkaian Kingsman ditubuhkan.

Dikhabarkan Brad Pitt dilamar untuk berlakon dalam Kingsman 3 tetapi masih belum ada kata putus daripada pihak produksi. Ianya satu berita sedih buat peminat setia Kingsman tetapi mungkin Egerton sendiri akan membuat penampilan khas untuk Kingsman 3 ini.

Tetapi jika anda merindui lakonan Taron Egerton, jangan lupa untuk tonton filem Robin Hood dan juga filem biopik Elton John yang dilakonkan oleh Taron Egerton ‘Rocketman’ tahun hadapan.

https://www.instagram.com/p/Bpl8EnYFyen/

Sumber