Sharifah Rose, nama pelakon yang meningkat naik dalam industri hiburan tempatan dan bakal melancarkan perniagaan baharunya iaitu Sekuntum. Akan tetapi, muncul dakwaan tidak enak sehingga namanya trending di Twitter.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter @ladsheer yang merupakan usahawan dan pemilik jenama tempatan Sekuntom telah mendakwa nama dan konsepnya hampir sama dengan jenama baru yang bakal dikeluarkan oleh Sharifah Rose.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsiannya itu, beliau turut meluahkan kekecewaan kerana bukan mudah untuk dapatkan pelanggan seperti saat ini tiba-tiba ada ‘menciplak’ konsep perniagaan begitu sahaja.

Menurut usahawan tersebut, nama yang digunakan oleh jenama Sharifah Rose adalah Sekuntum manakala nama jenamanya Sekuntom, perbezaannya dapat dilihat pada ejaan.

Malah, logo mereka pun dilihat seakan-akan sama apabila menggunakan tiga kelopak bunga. Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen telah mengecam tindakan Sharifah Rose.

Dapat dilihat perkongsian Sharifah Rose di Instagram dibanjiri komen netizen dan rata-rata netizen mempersoalkan tindakannya. Malah, para netizen mahukan penjelasan berhubung isu ini dan netizen turut menasihati peniaga kecil untuk lindungi karya dengan patternkan ia.

Isu seperti ini seringkali terjadi, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan ciplak idea usahawan kecil pada pautan di bawah.Β 

Dakwa Konsep Tudung Diciplak Jenama Terkenal, Netizen Simpati Lihat Pemuda Ini Menangis

Kecewa Dan Sedih, Naili Exclusive Dakwa Jenama Sabella Ciplak Karyanya?

dUCk Scarves Kantoi Tiru Idea Jenama ‘Indie’ Tempatan?