Ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang bertugas bagi kes 1MDB memberi keterangan di mahkamah bahawa Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, dalang disebalik terjadinya skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB), didakwa mencuri AS$1.42 bilion (RM5.97 bilion) daripada tiga transaksi bon yang diaturkan oleh Goldman Sachs Group Inc, lapor The Edge.

Selain itu, FBI turut memberitahu mahkamah bahawa bekas perdana menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak menerima AS$756 juta (RM3.18 bilion) daripada AS$6.5 bilion yang diperoleh dalam pelaksanaan bon yang dilakukan 1MDB dengan Goldman Sachs.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Eric Van Dorn adalah ejen FBI yang bertanggungjawab memberi keterangan kepada Mahkamah Persekutuan di Brooklyn, New York dalam perbicaraan kes rasuah bekas pegawai bank Goldman, Roger Ng di New York.

Van Dorn, yang merupakan akaun forensik untuk FBI berkata bahawa melalui semakan beliau, bekas pengarah urusan International Petroleum Investment Co (IPIC) milik kerajaan Abu Dhabi, Khadem al-Qubaisi, yang menjamin transaksi 1MDB, turut menerima AS$472.8 juta. Selain itu, terdapat juga seorang lagi pegawai Abu Dhabi yang bekerja dengan anak syarikat IPIC yang menerima AS$76.6 juta.

Menurut MalaysiaKini, Van Dorn yang menjejaki bagaimana dana itu disalurkan kepada 16 individu turut mendakwa bahawa Ng telah menerima AS$35.1 juta, manakala Tim Leissner menerima AS$73.4 juta.

Ng, satu-satunya pegawai bank Goldman yang dibicarakan berhubung rompakan dana 1MDB. Dia didakwa bersubahat dengan Jho Low dan bekas majikannya Tim Leissner. Leissner, yang mengaku bersalah dan kini bekerjasama dengan kerajaan, menghabiskan lebih daripada seminggu sebagai saksi utama pendakwaan terhadap Ng. Jho Low pula masih lagi menjadi buruan.

Najib kini disabitkan kesalahan di Malaysia dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan kini dalam proses rayuan. Sementara itu, Al-Qubaisi dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun di Abu Dhabi pada 2019 dan diperintahkan bersama eksekutif IPIC yang lain untuk membayar balik AS$336 juta.

Najib Razak dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Najib Razak Dihukum Penjara 12 Tahun Dan Denda RM210 Juta

Najib Razak Didapati Bersalah Kesemua 7 Pertuduhan Berkait Dana RM42 Juta Milik SRC

Lihat Najib Razak Bengang Apabila Ditanya Tentang Kes Altantuya