Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Nota Editor : Perkongsian ini asalnya di paparkan di fb wall Raja Kamil, seorang usahawan internet sepenuh masa dan juga pemilik laman web RajaKamil.biz. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis asal. Harapan kami agar perkongsian ini membawa kebaikan untuk anda.

kerja-di-pejabat

Orang Islam kena tunjuk contoh yang baik.

Apabila waktu lunch hour, bersegera makan dan solat. Jangan solat luar waktu lunch hour (melainkan waktu solat berada luar waktu lunch hour).

Selepas solat, cepat-cepat masuk ke pejabat/kelas. Antara korbankan waktu makan dan waktu solat, lebih baik korbankan waktu makan. Jangan jadi fitnah kepada agama.

Ada sesetengah kawan non-muslim saya, salah faham dengan agama Islam. Katanya “You punya agama, jadikan orang tidak produktif”

Saya tanya “kenapa?”. Lalu dia cerita, bagaimana di company ayah dia, pekerja Islam, selalu masuk kerja lambat dengan alasan solat. Kemudian, bila petang, keluar awal, dengan alasan solat

Ada sesetengah pekerja, selepas punch card, keluar ofis, dengan alasan solat. Katanya lagi “Ayah saya menghormati agama Islam dan membenarkan mereka solat”

Sambungnya lagi, “Tapi, saya sebagai anak, rasa ayah saya ditipu oleh pekerja Islam. Gaji dibayar untuk kerja 9 pagi ke 5 petang, tapi waktu kerja, hanya beberapa jam sahaja”

Kepada pembawa fitnah buat agama, muhasabahlah diri. JANGAN MENCURI, JANGAN MENCURI, JANGAN MENCURI masa majikan anda! Tidak kira majikan anda seorang muslim mahupun non-muslim.

Like Facebook kami di The Vocket

Anda Mungkin Suka