EkoCheras Mall adalah satu lagi pusat beli-belah yang boleh dikunjungi penduduk sekitar lembah Klang. Menurut seorang pengguna Facebook Kai Chuan, beliau berpendapat EkoCheras Mall adalah pusat membeli-belah ‘terbaik’!

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Sebenarnya itu hanyalah Kai Chuan berseloroh tentang keadaan sebenar EkoCheras Mall ini yang baginya, dibuka kepada umum dalam keadaan yang sangat tergesa-gesa. Dalam posting yang dimuat naik oleh Kai Chuan di Facebook, beliau berkongsi gambar berserta penerangan mengapa EkoCheras Mall ini baginya dibuka dalam keadaan ianya tidak sempurna dan sangat ‘brutal’ di matanya.

The most 'awe-inspiring' masterpiece, ever~

Posted by Kai Chuan on Sunday, 30 September 2018

Kai Chuan adalah pelajar bidang Architecture di Universiti Sains Malaysia (USM) melihat dari pelbagai aspek terutamanya pada bahagian siling, dinding konkrit serta tangga kecemasannya. Tangga kecemasan adalah bahagian yang paling bahaya untuk dilalui pada tarikh Kai Chuan melawat EkoCheras Mall.

Ekocheras 1

Ekocheras 2

Ekocheras 3

Ekocheras 4

Ekocheras 5

Ekocheras 6

Ekocheras 7

Posting Kai Chuan mendapat perkongsian sebanyak 9,200 shares sejak beliau berkongsinya pada 1 October yang lalu. Namun, pihak EkoCheras Mall sudah membuat kenyataan terbuka menyatakan pusat beli-belah berkenaan baru di fasa soft launch dan kerja-kerja penambahbaikkan sedang giat dijalankan.

Thank you all for the constructive comments. Our mall is currently in soft launch and we are continuing our best efforts…

Posted by EkoCheras Mall on Tuesday, 2 October 2018

Pengguna Facebook ramai yang bersetuju dengan Kai Chuan dan ada yang berkata pembuakaan EkoCheras Mall ini lebih kepada forced launch (pembukaan terpaksa) berbanding soft launch (pembukaan awal).

Kami belum sempat untuk meninjau dan melihat keadaan sebenar pusat beli-belah ini dan ada di antara anda yang sudah pergi? Atau konsep ‘raw’ ini memang konsep sebenar EkoCheras Mall? Boleh berkongsi pendapat anda di ruangan komen.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group