Sebuah kenyataan yang berani dan tamparan hebat buat Rakyat Malaysia apabila Mydin mengumumkan peningkatan ekonomi Malaysia sejak akhir-akhir ini tidak membantu kuasa membeli pengguna.

Kenyataan ini dibuat selepas didapati keuntungan syarikat Mydin yang sudah lama menjadi pilihan pengguna berkurangan sejak beberapa tahun terakhir ini. Berdasarkan pengumuman yang dibuat Mydin, syarikat ini berjaya mengutip jumlah jualan sebanyak RM2.99 bilion pada 2016 dan RM2.93 bilion pada 2017.

56575996

Meskipun mengutip jumlah jualan yang tinggi, Mydin masih lagi gagal untuk mengutip keuntungan yang banyak dimana mereka rugi RM156 juta pada 2016 dan cuma untung sebanyak RM795 ratus ribu pada tahun lalu.

Difahamkan perlaksanaan GST antara yang membuatkan Mydin gagal mengutip jumlah keuntungan yang tinggi seperti beberapa tahun yang lalu. Selain itu, faktor peningkatan harga barang sejak lima tahun terakhir ini juga antara yang menjejas penjualan Mydin.

CEO Mydin, DATUK WIRA (DR.) HJ. AMEER ALI BIN MYDIN

Antara barangan yang merekod jumlah peningkatan harga yang tinggi termasuklah sos cili Maggi yang meningkat sebanyak 38.8% manakala sardin jenama Ayam Brand pula meningkat 30.6%.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak berpendapat ekonomi Malaysia berada di dalam keadaan yang tidak begitu teruk setelah mendapati Rakyat Malaysia kerap travel ke luar negara.

Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda berpendapat Rakyat Malaysia sedang dihimpit dengan ekonomi negara atau sebaliknya? Kami berpendapat orang ramai masih lagi membeli barangan runcit seperti sedia kala namun telah beralih kepada jenama pesaing Mydin yang menawarkan penawaran harga yang lebih baik.

Sumber