Sebelum ini, Usian Bolt dilaporkan telah mengalami kerugian puluhan juta ringgit ekoran sertai skim pelaburan palsu. Malangnya, perkara ini turut terjadi di dalam Malaysia.

Menerusi laporan Harian Metro, impian abang kepada pelakon filem Pulau, Ikmal Amry untuk bergelar jutawan berkecai apabila mendakwa ditipu ejen broker saham pelaburan forex yang menyebabkan beliau kerugian mencecah RM3.7 juta Mac tahun lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut Mohd Zulhakim Amry Ghazali, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kluang, Johor pada 4 Januari lalu selepas pihaknya tidak menerima sebarang keuntungan dalam tempoh hampir setahun.

Ujarnya, jumlah awal pelaburan dagangan dilakukan adalah kira-kira $10,000 (~RM42,986) dan keuntungan diperolehi dilihat meningkat sehingga $800,000 (~RM3.7 juta) pada 19 Mac lalu.

Difahamkan beliau sudah terlibat di dalam dagangan ini sejak 10 tahun lalu dan ini merupakan keuntungan tertinggi pernah dicapai. Menurutnya, sebelum ini pihaknya tidak pernah mengalami sebarang masalah dengan syarikat tersebut.

Malah, beliau pernah menerima pembayaran keuntungan sekitar $100 (~RM429.90) sehingga $10,000 (~RM42,986). Dalam pada itu, beliau pernah membuat 10 kali pengeluaran sejak 2018 dan broker syarikat itu memang tiada masalah menguruskan pembayaran keuntungan.

Setelah hampir setahun bersabar, beliau akhirnya terpaksa mengambil langkah undang-undang selepas mendapat nasihat daripada rakan dan peguam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.