Buat kanak-kanak yang berusia di bawah 12 tahun, mereka mempunyai kad pengenalan bercip yang dikenali sebagai MyKid. Dengan kad ini, ibu bapa atau penjaga boleh berurusan dengan lebih mudah dan pantas di dalam perihal seharian anak-anak.

Memetik daripada laporan Bernama, pengeluaran kad pengenalan kanak-kanak MyKid bagi bayi baharu lahir di negara ditangguhkan selama enam bulan susulan masalah kekurangan bekalan mikrocip yang turut terkesan di peringkat global sejak pandemik COVID-19 melanda di dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: The Star

Namun begitu, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Ruslin Jusoh berkata proses permohonan baharu masih diteruskan dan ibu bapa perlu menjangkakan tempoh menunggu yang lebih lama kerana JPN akan akan menyelesaikan permohonan secara berperingkat.

Buat sementara waktu ini, ibu bapa atau penjaga boleh menggunakan dokumen surat beranak bagi urusan harian anak-anak mereka yang masih belum mempunyai kad pengenalan kanak-kanak MyKid.

Susulan daripada itu, beliau meminta semua agensi kerajaan dan swasta supaya menerima sijil kelahiran untuk sebarang urusan kanak-kanak kerana dokumen itu adalah satu-satunya dokumen yang diiktiraf bagi urusan rasmi seperti permohonan sekolah dan sebagainya.

Sumber