Seperti ramai sedia maklum, akhir-akhir ini harga bekalan makanan dilihat melonjak dengan tinggi. Hal ini secara tidak langsung bukan sahaja memberi kesan orang ramai malah para peniaga restoran yang terpaksa menaikkan harga hidangan.

Sebagai solusi dalam kepada peningkatan harga bekalan makanan, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mencadangkan agar orang ramai mengambil inisiatif dalam menangani isu kenaikan harga barangan ini dengan menanam sayur dan menternak haiwan sendiri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad. Sumber: the star

“Macam kambing, lembu, kerbau dan ayam ia boleh diternak dan ditampung oleh usaha ternakan orang tempatan. Sekurang-kurangnya kita ternak haiwan atau tanam sayur-sayuran untuk sara diri,” katanya.

Cadangan beliau disebutkan ketika hadir di Perak SADC Agrofest Raya di The Treasure di Taman Herba Gopeng semalam. Menurut Datuk Seri Saarani Mohamad, aktiviti ini juga dapat mengurangkan kebergantungan bekalan makanan dari negara luar.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan Perak kini tidak mempunyai masalah melibatkan bekalan ayam kecuali terdapat pihak yang sengaja menyorokkan bekalan ayam bagi tujuan menaikkan harga.

Tular pada minggu lalu apabila dilaporkan lebih 280,000 rakyat Malaysia disahkan bankrap setakat 2022 ekoran bebanan hutang.

Berpunca Daripada Bebanan Hutang, Lebih 280,000 Rakyat Malaysia Disahkan Bankrap Setakat Mac 2022

Malaysia Henti Eksport Ayam, Rakyat Singapura Panik Dan Jual Hidangan KFC Mencecah RM3.8 Juta