Bukan sesuatu yang baru tetapi ini menu yang ramai ‘request’ kerana mahu mencuba. Maka, Banyan Tree Kuala Lumpur mahu tunaikan permintaan pelanggannya yang sudah lama ingin menu ini diperkenalkan.

Burger eksklusif disaluti lembaran emas 24 karat pasti memukau dan buat anda rasa teruja mahu mencubanya. Burger tersebut hadir dengan roti berperisa truffle yang dilapisi emas 24 karat, kepingan daging Wagyu berganda, foie gras, daging lembu, telur, gherkins, kepingan keju, bawang merah, tomato, mentega, dan dipadankan dengan apple compote.

BeFunky-collage (93)
HYPE
Tahan Lebih Daripada 3 Tahun, Huawei MateBook 14 Ini Akan Mengubah Hidup Anda
Baca lagi →

Your wish is our command. Here comes The Real 460 Golden Burger! 🍔 Swing by Horizon Grill and taste the most exclusive…

Posted by Banyan Tree Kuala Lumpur on Wednesday, October 7, 2020

Untuk pengetahuan anda, harga untuk menu eksklusif ini adalah RM460 dan hanya akan ditawarkan kepada pelanggan khas pada bulan Oktober ini sahaja. Rugi jika anda terlepas peluang kali ini.

Bagi anda yang mahu mencuba hidangan burger bersalut emas ini, anda boleh membuat tempahan di sini atau hubungi menerusi aplikasi WhatsApp di sini. Selamat mencuba!

Sementara itu, kami kongsikan tempat makan berlatar belakangkan KLCC yang anda boleh cuba. Klik sahaja pautan di bawah.

10 Senarai Tempat Berlatar Belakangkan Bangunan KLCC Yang Boleh Anda ‘Chill’

5 Hotel Terbaik Dengan Kolam Renang Berlatar Belakangkan KLCC

Bekas Pekerja Subway Ini Dedah ‘Rahsia’ Untuk Jadikan Sandwich Anda Lebih Sedap

Anda Mungkin Suka