Bukan sesuatu yang baru tetapi ini menu yang ramai ‘request’ kerana mahu mencuba. Maka, Banyan Tree Kuala Lumpur mahu tunaikan permintaan pelanggannya yang sudah lama ingin menu ini diperkenalkan.

Burger eksklusif disaluti lembaran emas 24 karat pasti memukau dan buat anda rasa teruja mahu mencubanya. Burger tersebut hadirĀ dengan roti berperisa truffle yang dilapisi emas 24 karat, kepingan daging Wagyu berganda, foie gras, daging lembu, telur, gherkins, kepingan keju, bawang merah, tomato, mentega, dan dipadankan denganĀ apple compote.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, harga untuk menu eksklusif ini adalah RM460 dan hanya akan ditawarkan kepada pelanggan khas pada bulan Oktober ini sahaja. Rugi jika anda terlepas peluang kali ini.

Bagi anda yang mahu mencuba hidangan burger bersalut emas ini, anda boleh membuat tempahan di sini atau hubungi menerusi aplikasi WhatsApp di sini. Selamat mencuba!

Sementara itu, kami kongsikan tempat makan berlatar belakangkan KLCC yang anda boleh cuba. Klik sahaja pautan di bawah.

10 Senarai Tempat Berlatar Belakangkan Bangunan KLCC Yang Boleh Anda ‘Chill’

5 Hotel Terbaik Dengan Kolam Renang Berlatar Belakangkan KLCC

Bekas Pekerja Subway Ini Dedah ‘Rahsia’ Untuk Jadikan Sandwich Anda Lebih Sedap