Eksperimen ‘black light’ telah membuktikan betapa cepatnya sesuatu wabak itu mampu merebak di restoran dan ruang awam yang lain. Eksperimen ini telah menggunakan cat pendarfluor sebagai virus tiruan untuk menggambarkan bagaimana ia merebak.

Eksperimen yang dilakukan oleh saluran TV NHK di Jepun telah menggunakan cat bagi mewakili ‘wabak’. Mereka mahu menunjukkan bagaimana dengan mudahnya jangkitan ini dapat merebak di ruang awam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Salah satu daripada sepuluh peserta dipilih untuk ‘dijangkiti’ dengan menyapu cat neon pada telapak tangannya. Rakaman video NHK menunjukkan para peserta menikmati makanan mereka selama 30 minit sebelum lampu biru dihidupkan dan menunjukkan sejauh mana ‘wabak’ itu telah merebak.

Situasi itu telah membuktikan bagaimana wabak bekerja dengan cepat. Kesan cat itu dijumpai di tangan individu lain, ia juga kelihatan di beberapa barang yang terdapat di sana. Peserta pula kelihatan terkejut ketika lampu biru dihidupkan setelah mereka menyedari cat tadi telah berpindah kepada mereka.

Untuk rekod, Jepun telah mencatatkan 16,079 kes COVID-19 dan 687 kematian, menurut kementerian kesihatan. Eksperimen tersebut bertujuan untuk memperlihatkan bagaimana sejumlah COVID-19 bekerja menyebarkan virus tersebut kepada orang-orang terdekat.

Berikut adalah bahan bacaan yang lain untuk anda, klik pautan di bawah.

Tahukah Anda Pada 900 Tahun Dahulu, Bulan Pernah Hilang Dari Langit?

Hanya Eksperimen Sosial, Adik Pengawas Tetap Menang Di Hati Netizen

Eksperimen ‘Busking’ Sebagai Orang Gila, Lelaki Ini Terkejut Raih RM145 Untuk 3 Lagu