Jika anda pernah ke Bukit Bintang sudah pasti anda pernah ternampak secara sengaja atau tidak sengaja akan ada sekumpulan buskers yang membuat persembahan di sana.

Berbeza dengan orang ramai yang hadir ke sana untuk menikmati dendangan lagu-lagu popular oleh pemuzik jalanan ini, lelaki ini mencuba sesuatu yang berbeza dengan bereksperimen sebagai orang gila dan cuba untuk menyanyi di hadapan khalayak ramai di sana.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lelaki tersebut, Khairi Shafie dalam kirimannya di Facebook berkata dia mahu melihat sendiri bagaimanakah respons orang sekeliling terhadap golongan orang gila di Kuala Lumpur ini.

“Sengaja aku berpakaian begini dan bertindak sebegini rupa hanya untuk melihat reaksi dan tindak balas masyarakat sekeliling.

“Ada yang geli hati, ada yang mentertawakan, malah ada juga yang pandang sinis. Dan yang jenis tak ambil peduli pun ramai. Jadi dari situ dpt kita lihat cara seseorang itu berhadapan dgn sesuatu situasi.

Keseluruhan perjalanan eksperimen tersebut daripada proses mekap dan percubaannya untuk menyanyi bersama geng AV Buskers itu dirakam oleh kawannya dan turut dimuat-naik ke YouTube selepas itu.

busking

Dalam eksperimen tersebut, Khairi mengenakan solekan dan baju kelawar sambil rambutnya diikat untuk menjayakan penyamarannya sebagai ‘orang gila’.

Percubaannya untuk menyanyi bersama geng buskers itu akhirnya berjaya selepas dia diberikan peluang untuk menyanyikan tiga buah lagu dan kemudiannya mendapat tepukan gemuruh daripada orang ramai di sana.

“Walaupun ada ramai yang berlumba-lumba untuk merakamkan telatahnya sebagai ‘orang gila’ yang menyanyi di Bukit Bintang itu, namun menurut Hazril antara momen yang paling membuatkan dia berasa sebak adalah setelah persembahannya berakhir.

“[…]aku dapat satu moment yang membuatkan hati aku rasa sebak dimana vokalis AV PANIC BUSKERS itu memelukku.

Walaupun aku mengatakan bahawa aku busuk dia tetap peluk dgn mengatakan kite semua sama,” tulisnya di Facebook.

Bukan saja dipeluk oleh vokalis kumpulan tersebut, malah dia turut menerima sumbangan sebanyak RM145 daripada vokalis itu dan orang ramai yang berada di sana pada malam tersebut.

Menjelaskan mengenai eksperimen itu, Khairi berkata dia sebenarnya pada masa sama ingin mencabar dirinya sendiri dengan menguji keyakinan dirinya. Selain itu, cara juga ini adalah sebagai salah satu cara untuk mengenal potensi dirinya yang sebenar.

Tonton video penuh eksperimen ini di YouTube yang dikongsikan oleh rakannya Hazwan Hairul.

Baca perkongsian kami sebelum ini mengenai satu lagi eksperimen yang dilakukan oleh ‘YouTuber’ dari Malaysia ini yang melakukan gold digger test. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Lihat YouTuber Ini ‘Kantoikan’ Bakal Tunang Rakan Mereka Menerusi ‘Gold Digger Test’

‘YouTuber’ Ditegur Pihak Berkuasa Selepas Cuba Agihkan RM10,000 Di Hadapan Istana Negara

Lihat YouTuber Ini Bongkar Taktik Peniaga Di Myeondong Street Perdaya Pelanggan Muslim

Sumber