Video ini mempunyai banyak visual tentang anjing. Tetapi apa yang kami ingin paparkan adalah lebih penting itu – ya, ia adalah tentang stray animals atau haiwan jalanan. Tentang bagaimana ada yang sanggup membelanjakan ribuan ringgit untuk membeli haiwan kesayangan, akan tetapi dengan tidak perlu membelanjakan apa-apa pun kita masih boleh mendapat kasih sayang dan kepuasan melalui pengambilan haiwan jalanan sebagai haiwan kesayangan.

Kumpulan Quatro Patinhas (atau Four Paws) baru-baru ini memulakan program bertajuk “Priceless Pets.” Matlamat program ini adalah untuk membantu meningkatkan bilangan pengambilan haiwan terbiar ke rumah-rumah pemilik baru. Mereka mahu membuktikan tiada perbezaan di antara haiwan ras murni (purebred) dan haiwan jalanan dengan menempatkan haiwan-haiwan ini di dalam ruang pameran sebuah kedai haiwan.

Dan ternyata, mereka benar.

Semoga kita tidak membeza-bezakan haiwan kesayangan disebabkan ras mereka. Sayangilah sepenuh hati, dan anda akan merasai magiknya apabila haiwan-haiwan ini mula menyayangi anda.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram