Baru-baru ini kami baru berkongsi tentang bahaya pedofilia dan kurangnya sikap ambil peduli dalam masyarakat. Artikel itu telah menarik perhatian ramai, dan kesannya ramai ibu bapa mula menapis gambar anak mereka yang mereka paparkan dalam media sosial. Malah ada yang membuang langsung gambar anak dari Facebook. Apa yang menarik perhatian, Wardina turut memaparkan kisah pedofilia dalam FB page beliau.

Pada kali ini kami ingin berkongsi satu eksperimen sosial yang bukan sekadar memeranjatkan tetapi juga menakutkan. Sebagai ibu bapa sudah tentu kita selalu mengajar anak-anak untuk tidak bercakap dengan orang asing. Akan tetapi fahamkah anak-anak kita mengenai bahayanya dan ingatkan mereka tentang pesanan kita?

Dalam eksperimen sosial ini, Joey Salads bertanya sekiranya ibu-ibu ini mengajar anak mereka tentang jangan melayan orang asing. Dan sekiranya ya, Joey meminta kebenaran untuk menguji anak-anak ini. Keputusan yang didapati ternyata hanya mengejutkan ibu-ibu ini:

Dari apa yang kami perhatikan, kemungkinan anak-anak ini kurang maklumat tentang penculikan, menyebabkan mereka mudah mengikut orang yang kelihatan baik.

Di bawah adalah 7 perkara yang boleh kita lakukan untuk mengelak penculikan kanak-kanak kecil:

1. Jangan siarkan nama anak

Jangan berikan anak anda memakai atau membawa apa-apa barangan dengan nama beliau di atasnya. Pemangsa kanak-kanak boleh menggunakan maklumat ini dengan berpura-pura dan mempengaruhi kononnya kanak-kanak itu mengenali mereka.

2. Berhati-hati kepada orang yang dikenali juga

Bukan sekadar mengingatkan anak-anak untuk berhati-hati kepada orang yang tidak dikenali, tetapi berhati-hati dengan orang yang dikenali juga. Penculik mungkin berkawan dahulu dengan kanak-kanak sebelum menculik mereka, jadi nasihat yang lebih tepat adalah untuk tidak mengikuti sesiapa sahaja selain ibu bapa atau saudara dewasa yang terdekat. Anda juga boleh ajarkan anak-anak dan saudara terdekat anda frasa rahsia, dan anak-anak tidak mengikut sesiapa yang tidak menyatakan frasa rahsia ini. Ajarkan juga anak-anak untuk menjerit, “Ini bukan ibu bapa saya!”, untuk mengelakkan orang ramai menyangka ia hanyalah tantrum anak yang biasa dan bukannya cubaan menculik.

3. Ajarkan anak untuk bersedia atas cubaan menculik

Ajar anak anda sekiranya terdapat sesiapa menangkap atau menyambar mereka, anak-anak haruslah mengambil perhatian orang sekitar walaupun diugut. Beritahu mereka untuk menjerit, melawan dan lari sambil meminta tolong. Ajarkan anak untuk “menjerit apabila diminta untuk tidak menjerit” dan “beritahu (rahsia) apabila diminta untuk merahsiakan” oleh mana-mana individu dewasa selain ibu bapa. Dibawah dikongsikan video pertahanan diri yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak kecil.

https://www.youtube.com/watch?v=bzUiOJ6IEts

4. Jadikan kasut mereka unik.

Jadikan kasut mereka unik. Penculik mungkin menukar pakaian dan memotong atau mewarnakan rambut kanak-kanak, tetapi amat jarang menukar kasut mereka. Selalu ingat apa yang anak anda pakai semasa berada di luar dan ingat ketinggian dan berat anak anda yang terbaru.

5. Jangan ikut orang dewasa yang memerlukan bantuan atau menawarkan makanan sedap atau haiwan comel

Ingatkan kanak-kanak untuk melarikan diri daripada orang dewasa yang memerlukan bantuan. Ini adalah taktik biasa seorang penculik untuk membuatkan kanak-kanak ini mengikut mereka ke tempat lain. Ingatkan juga kanak-kanak akan perkara yang sama apabila ada orang dewasa yang menawarkan makanan sedap atau haiwan comel. Pendek kata, jangan ikut orang dewasa selain ibu bapa atau saudara ke tempat-tempat lain.

6. Bawa gambar terbaru anak

Selalu bawa gambar terbaru anak bersama-sama. Ini akan menjimatkan masa pencarian sekiranya terjadi sesuatu yang buruk terhadap anak anda.

Sebagai penutup, kami ingin kongsikan satu fakta. Mengikut kajian, 84 peratus cubaan menculik gagal disebabkan tindakan kanak-kanak itu sendiri, dengan 35 peratus melawan dan 49 peratus lari daripada situasi penculikan.

Kami doakan anak-anak kita semua sentiasa dilindungi dan selamat.

Sumber: Howcast, Youtube

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram