Bagi anda yang tercari-cari peluang dan merancang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya, bolehlah datang beramai-ramai ke Ekspo Pendidikan Tinggi 2018 yang akan berlangsung di Pusat Pameran Mid Valley (Dewan 1, 2, 3, Atrium & Foyer) pada 15 & 16 Disember dari jam 11 pagi hingga 7 malam.

Ini merupakan peluang keemasan, jadi anda khususnya pelajar SPM, STPM, dan UEC, ibu bapa, guru, pelajar universiti dan sesiapa sahaja yang mahu melanjutkan pelajaran perlu datang kerana anda akan didedahkan dengan peluang untuk belajar di kolej atau universiti terbaik dalam bidang yang anda inginkan. Berikut adalah beberapa sebab utama anda perlu hadir ke ekspo ini.

1. Pilihan Pengajian

Edu logo (eng)-series 48-01

Ekspo ini menyediakan pilihan pengajian lanjutan di Malaysia dan luar negara untuk bidang merangkumi daripada Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, PhD dan lain-lain. Malah, ekspo ini juga menyediakan pilihan pengajian lanjutan “Pendidikan Latihan Kemahiran” yang menawarkan program seperti automotif, muzik, bakeri, masakan dan lain-lain. Khidmat nasihat Biasiswa dan Program Subsidi Bayaran oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Hai Qing Programmes juga ada untuk anda yang memerlukan tanggungan pengajian.

2. Khidmat nasihat untuk bidang yang anda ingin ceburi

EduFairDec2016-15

Para pengunjung juga boleh mendapatkan nasihat terbaik daripada ahli pendidikan dan kaunselor tentang jenis-jenis kursus dan bidang akademik yang boleh didapati di Malaysia serta di luar negara. Anda juga akan didedahkan dengan pilihan bidang yang pelbagai antaranya sains komputer, perubatan, kerjaya dalam bidang kulinari, pengajian komunikasi, krew kabin, kejuteraan dan banyak lagi. Malah, para pengunjung juga boleh mengambil ujian kerjaya untuk mengenal pasti keperibadian anda justeru membantu anda membuat pilihan kerjaya dengan tepat. Anda juga berpeluang mendapatkan diskaun untuk mengambil “Career Guidance Test (Kudos)” yang dibawakan oleh Enrich Counselling & Therapy Centre.

3. Peluang menangi hadiah

EduFairDec2016–30

Anda berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik seperti RM15,000 dan RM5,000 baucar rebat kursus, Asus Notebook, Telephone Bimbit Huawei Nova 3, HP Printer, Energizer Power Bank, Beg Samsonite, Baucar Makanan Sakae Sushi dan The Manhattan Fish Market, Baucar Diskaun Larrie dan banyak lagi dengan menyertai Fun Quiz Spin & Win Contest yang ditaja oleh International University of Malay-Wales (IUMW). Tertakluk kepada terma & syarat.

IUMW 15K

Disamping itu, pengunjung juga berpeluang mendapat majalah percuma ‘coursesmalaysia’, ‘2018 FSI Complete Guide of Further Study’, dan ‘easyuni.my’, terhad kepada 500 naskhah setiap hari, tertakluk kepada terma & syarat. Selain itu, pengunjung juga akan mendapat naskhah percuma iaitu buku mengenai Tawaran Diskaun Yuran Kursus dan Biasiswa, tertakluk kepada terma & syarat.

4. Perkongsian kerjaya secara live

A4 adv-English-series 48 v4-01

Perkongsian kerjaya secara live turut akan berlangsung sepanjang ekspo ini. Ceramah Kerjaya akan memberikan anda gambaran dan pandangan yang lebih jelas tentang bidang yang akan anda ceburi. Tetapi anda perlu cepat dan peka kerana tempat yang ditawarkan adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Tiada lagi kekusutan untuk kursus apa yang sesuai untuk anda, di mana tempat untuk anda sambung pengajian dan bidang apa yang perlu anda ceburi atau sambung. Semuanya bakal terjawab di ekspo ini. Luangkan masa anda pada 15 & 16 Disember 2018 dan ketahui potensi diri anda yang sebenar.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03 – 615 615 00 atau klik di sini. Jumpa anda di sana!