Buat anda yang tercari-cari peluang dan merancang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya, bolehlah datang beramai-ramai ke Ekspo Pendidikan Tinggi 2018 yang akan berlangsung di Pusat Pameran Mid Valley (Dewan 1,2, dan Atrium) pada 11 & 12 Ogos dari jam 11 pagi hingga 7 malam.

Peluang bukan datang selalu, rebutlah peluang jika ada, jadi anda khususnya pelajar SPM, STPM, dan UEC, ibu bapa, guru, pelajar universiti dan sesiapa sahaja yang mahu melanjutkan pelajaran perlu datang kerana anda akan didedahkan dengan peluang untuk belajar di kolej atau university terbaik dalam bidang yang anda inginkan. Berikut adalah beberapa sebab utama anda perlu hadir ke ekspo ini.

1. Pembiayaan Pengajian

HEF_logo (eng) -2018_OL-01

Ekspo ini menyediakan pilihan pengajian lanjutan di Malaysia dan luar negara untuk bidang merangkumi daripada Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, PhD dan lain-lain. Khidmat nasihat Biasiswa dan Program Subsidi Bayaran oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Hai Qing Programmes juga ada untuk anda yang memerlukan tanggungan pengajian.

2. Khidmat nasihat untuk bidang yang anda ingin ceburi

EduFairDec2016-15

Para pengunjung juga boleh mendapatkan nasihat terbaik daripada ahli pendidikan dan kaunselor tentang jenis-jenis kursus dan bidang akademik yang boleh didapati di Malaysia serta di luar negara. Anda juga akan didedahkan dengan pilihan bidang yang pelbagai antaranya sains Komputer, perubatan, kerjaya dalam bidang kulinari, pengajian komunikasi, krew kabin, kejuteraan dan banyak lagi.

3. Peluang menangi hadiah

HE B(64)

Anda berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik seperti Biasiswa, Asus Notebook, barangan T3 Pimple Solution, Baucar Makanan Fish & Co and Sakae Sushi, Baucar Larrie dan banyak lagi dengan menyertai Scholarship & Plinko Contest. Tertakluk kepada terma & syarat. Disamping itu, pengunjung juga berpeluang mendapat majalah percuma ‘coursesmalaysia’, ‘2018 FSI Complete Guide of Further Study’, dan ‘easyuni.my’, terhad kepada 500 naskhah setiap hari, tertakluk kepada terma & syarat.

4. Perkongsian kerjaya secara live

Higher Edu Fair_A4(English)_Aug2018 N-01

Perkongsian kerjaya secara live turut akan berlangsung sepanjang ekspo ini. Ceramah Kerjaya akan memberikan anda gambaran dan pandangan yang lebih jelas tentang bidang yang akan anda ceburi. Tetapi anda perlu cepat dan peka kerana tempat yang ditawarkan adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Tiada lagi kekusutan untuk kursus apa yang sesuai untuk anda, di mana tempat untuk anda sambung pengajian dan bidang apa yang perlu anda ceburi atau sambung. Semuanya bakal terjawab di ekspo ini. Luangkan masa anda pada 11 & 12 Ogos 2018 dan ketahui potensi diri anda yang sebenar.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03 – 615 615 00 atau klik disini. Jumpa anda di sana!