Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi(MOSTI) menganjurkan National Innovation and Economy Creative (NICE) Expo 2017, ekspo Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) terbesar negara pada 12 hingga 16 Oktober 2017 bertempat di Technology Park Malaysia (TPM), Pusat Sains Negara (PSN) dan Planetarium Negara.

Penganjuran NICE Ekspo 2017 bertujuan untuk menyemarakkan dan membudayakan sains, teknologi dan inovasi (STI) di kalangan rakyat selaras dengan teras TN50 menggalakkan pengkomersialan berasaskan inovasi dan ekonomi kreatif.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pelbagai aktiviti sedang berlangsung di NICE ketika ini termasuklah SciFest, Robot Tempur dan laser tag (Pusat Sains Negara), Drone Racing GP, animation workshop, pameran teknologi (Technology Park, Bukit Jalil) dan banyak lagi.

Jika anda seorang inovator dan mempunyai produk yang berpotensi untuk dipasarkan kepada umum tetapi anda tidak mempunyai dana untuk R&D produk berkenaan, anda boleh ke Yayasan Inovasi Malaysia (YIM).

YIM adaah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang ingin membudayakan kreativiti dan inovasi kepada rakyat Malaysia. Inovator perlu membuat pitch dahulu kepada YIM dan mereka yang terpilih akan menerima dana RM30,000 untuk menjayakan produk mereka itu. Anda boleh ikuti YIM di sini untuk sebarang info lanjut tentang program ini.

Booth lain yang ada di NICE juga menarik dengan pelbagai produk inovasi serta kenderaan elektrik yang anda boleh sendiri. Menarik sebab rasanya tidak lama lagi, akan ada kereta pandu sendiri di Lembah Klang yang bakal dijayakan oleh REKA Studios.

Ekspo NICE 2017 akan berlangsung sehingga esok dan masih ada masa jika anda hendak pergi melawat Ekspo NICE 2017 yang awesome ini. Untuk sebarang info lanjut tentang ekspo ini, boleh lihat di sini.