Bagi individu yang menghayati dan menghargai hasil seni jalanan pastinya arif mengenai seni grafiti yang sudah lama bertapak di Malaysia. Antara nama besar yang mewarnai bidang ini di Malaysia ialah Cloakwork, Escapeva dan Cracko Art Group.

Cloakwork yang terkenal dengan seni yang menggunkan tin spray ini sudah menempah nama dalam bidang ini di Malaysia sejak sekian lama. Salah satu karya besarnya yang terbaru ialah projek kolaborasi bersama AirAsia untuk menghiasi dinding RedQ AirAsia.

Siapa sangka Escapeva yang memulakan langkahnya hanya untuk membantu rakan bertukar menjadi minat berjaya mengukuhkan nama sejak tahun 2006 dalam industri ini.

Escapeva turut mempunyai krewnya tersendiri yang dikenali sebagai KIS Crew menggunakan cat spray dan rol pengecat untuk menghasilkan seni yang mewarnai dinding-dinding kusam di sekitar Lembah
Klang.

https://www.instagram.com/p/BgOitneAOKB/

Pada bulan ini Ubermen dan Guardian bakal menganjurkan roadshow di AEON Mall Shah Alam & Mahkota Parade, Melaka. Roadshow ini turut menampilkan ‘Mr. President’, Joe Flizzow pada 7 April jam 2 petang di AEON Mall Shah Alam dan 28 April jam 2 petang di Mahkota Parade Melaka.

AEON Mall&#44 Shah Alam

Mahkota Parade&#44 Melaka

Menariknya anda boleh memilih rekaan grafiti yang cool pada setiap botol pembelian wangian Ubermen. Selain itu anda juga layak untuk mendapatkan promosi Ubermen dengan barangan percuma yang menarik. Bukan itu sahaja, roadshow pada hujung minggu akan dirancakkan dengan Street Dance. Apa tunggu lagi, ajak rakan-rakan anda untuk menyertai roadshow ini.

Mechanic Board_2