Ini bukanlah kali pertama kita melihat aksi ‘mencucuk’ atau mengekori kereta hadapan untuk melepasi palang tol tanpa membuat bayaran dilakukan.

Malah kita sering sahaja dihidangkan dengan aksi-aksi tidak bertanggungjawab seperti ini yang berjaya dirakam pengguna jalan raya- terima kasih kepada inovasi dashcam yang digunakan dengan meluas ketika ini.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →

Dan kini di tahun 2020, di saat dunia sedang berhadapan dengan pandemik, masih lagi kejadian remeh seperti ini berlaku di negara kita.

Menurut beberapa perkongsian yang dibuat di media-media sosial sejak semalam, sebuah Perodua Bezza berwarna putih dirakam melakukan aksi tidak bertamadun tersebut di plaza tol Lebuhraya Damansara Puchong.

Posted by Saiful Nazim Abdul Rani on Monday, 25 May 2020

Walaupun sudah memasuki 2020 namun masih ada individu yang tidak bertanggunggjawab melakukan tindakan tidak membayar tol ini.

“Memalukan, tol dua tiga ringgit pun tak nak bayar,adoi,” komen salah seorang netizen.

Manakala seorang lagi netizen mendedahkan perkara itu sudah seperti menjadi kebiasaan ketika ini dengan menulis “semakin ramai yang tak bayar tol sekarang”.

Bukan sahaja melanggar undang-undang namun tindakan ini juga berkemungkinan membawa musibah kepada kenderaan di hadapan dan juga mereka sendiri.

Malah jika diperhatikan dalam perkongsian yang dibuat tersebut, Perodua Bezza tersebut hampir-hampir sahaja ‘mencium’ belakang kereta yang dikeorinya selepas pembayaran kali pertama kereta di hadapan tidak berjaya.

Buat anda yang masih tertanya-tanya kenapa kereta Proton banyak digunakan dalam filem popular Netflix, Extraction, baca perkongsian kami di bawah yang menjelaskan mengenainya. 

Pengarah Filem Extraction Jelaskan Mengapa Kereta Proton Digunakan Di Dalam Filemnya

Bodo Chronus, Kereta Elektrik Dari China Dengan Kelajuan Maksima 65 km/j

 

Anda Mungkin Suka