Kehilangan 2,000 babi di 19 buah ladang di Kampung Baru Tanah Merah Site A, Port Dickson ternyata mencetuskan tanda tanya buat pasukan pemantau Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS). Ditambah pula ladang-ladang ini mempunyai rekod virus Demam Babi Afrika (ASF) yang menyebabkan 275 ekor telah dilupuskan sebelum ini.

Melalui laporan Harian Metro, difahamkan bahawa binatang ternakan di 19 ladang terbabit telah dibawa keluar oleh pemilik premis secara senyap. Pihak JPVNS juga tidak dimaklumkan oleh pemilik ladang dan sehingga kini ia menjadi tanda tanya adakah babi itu dilupuskan atau berpindah lokasi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Bakri Sawir berkata satu laporan polis sudah dibuat berkenaan kejadian tersebut dan pasukannya kini sedang menunggu maklumat lanjut untuk tindakan seterusnya.

Sehingga kini tiada laporan yang mendakwa bahawa babi dari 19 ladang itu dijual kepada orang ramai pada harga murah. Sehubungan itu, pihak JPVNS mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati bagi mengelak sebarang risiko keselamatan.

Sebelum ini, JPVNS melupuskan 275 ekor babi susulan kes pertama ASF di kesan di sebuah ladang di Kampung Baru Tanah Merah Site A. Ia menjadikan baki 19 ladang yang masih beroperasi di kawasan itu dengan anggaran 2,000 ekor babi.

‘Perak juara ternak babi’ – berjaya atasi Sarawak dengan 545,258 ekor babi pada 2019. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

‘Perak Juara Ternak Babi’ – Berjaya Atasi Sarawak Dengan 545,258 Ekor Babi Pada 2019

Wartawan Muslim Kongsi Pengalaman Ketika Dijemput Makan Daging ‘Babi Halal’

G4 Dikesan Di China, Wabak Selsema Babi Jenis Baru Yang Berpotensi Jadi Pandemik