Kerja memandu kenderaan besar merupakan satu tanggungjawab yang sangat besar untuk digalas, pemandu bukan sahaja perlu menjaga kenderaan dan muatan yang dibawa, bahkan mereka perlu menjaga keselamatan pengguna jalan raya lain yang ada di sekelilingnya juga. Lebih lagi apabila memandu pada waktu tengah-tengah malam dan awal pagi.

Baru-baru ini seorang pengguna TikTok @tobengshah berkongsi rakaman video di mana dia dan beberapa pemandu lori dan bas mengekori sebuah lori yang dipandu secara terhuyung-hayang dipercayai pemandunya sudah terlalu mengantuk namun tetap memaksa diri untuk meneruskan perjalanan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kenderaan-kenderaan besar lain yang mengekori belakang lori terbabit tidak henti-henti membunyikan hon dan memberi lampu tinggi untuk menyedarkan pemandu berkenaan.

@tobengshah

mencemaskan..dari bukit tagar hgga ke t.malim..terpksa escort sebab risau mmbahayakan pemandu2 lain#fypburungantu//

♬ Tiara – Raffa Affar

Bagaimanapun, tindakan pemandu-pemandu lain bagaikan sia-sia. Sehinggalah datang sebuah trak tunda berwarna merah sanggup duduk di lorong tengah mengekori ‘lori mengantuk’ itu sehingga susur keluar Tanjung Malim.

Rakaman video itu mengundang rasa sebak terhadap netizen kerana baru mereka faham betapa sukarnya menjadi pemandu kenderaan besar pada waktu malam.

Rasa mengantuk di perjalanan, namun tidak boleh berhenti di tepi bahu jalan sesuka hati kerana boleh dikenakan saman. Namun, apabila meneruskan perjalanan pula boleh menyebabkan insiden yang tidak diingini pula berlaku.

Sumber Gambar: TikTok @tobengshah
Sumber Gambar: TikTok @tobengshah
Sumber Gambar: TikTok @tobengshah

Orang ramai juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada @tobengshah kerana sanggup mengekori pemandu lori yang mengantuk di hadapannya sehinggalah susur keluar Tanjung Malim.

Pesan @tobengshah dalam satu video lain, sebagai pemandu kenderaan besar pada waktu malam, jika badan sudah penat dan mengantuk, eloklah berhentikan kenderaan di tepi jalan dan tidurlah sebentar kerana itulah satu-satunya cara untuk hilangkan kedua-dua rasa berkenaan.

“Lebih baik disaman, daripada kita kemalangan,” katanya ringkas.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Seorang pemandu lori menerima pujian ramai selepas menemani seorang penunggang motosikal yang lampunya malap. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Kongsi Lampu Lori Dengan Pak Cik Motosikal, ‘Pertolongan Kecil’ Lelaki Ini Raih Pujian Ramai

Netizen Puas Hati Pemandu Kancil Kena Tahan Selepas Potong Barisan Di Hadapan Polis

Lori Didakwa Alami Masalah Brek Cetus Kemalangan Dan Kesesakan Di Tambak Johor

Sumber