Banyak iklan tanah lot, di tepi jalan, dalam mudah.my dan lain-lain lagi.

Kalau di Sepang tanah lot yang sudah siap geran individu status bangunan majoriti harga lebih RM200 ribu ke atas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apabila kita lihat harga yang lebih rendah daripada itu secara mudah boleh kita andaikan tanah yang hendak dijual statusnya ‘dalam proses’ atau ‘lot lidi’.

Untuk yang dalam proses (geran individu dapat kemudian) jika kita ingin terlibat risikonya amat tinggi.

Tip Mudah Elak Ditipu Beli Tanah

tanah-01

Tip mudah nak tahu ianya menipu atau tidak, semasa kita ditunjuk pelan susun atur tanah kononnya untuk kita booking plot nombor berapa, minta dengan si penjual nama syarikat 3 pihak ini:

1. Jurukur berlesen
2. Perancang bandar berdaftar
3. Jurutera perunding C&S yang mereka sudah lantik

Apabila anda dapat hubungi ketiga-tiga mereka.. minta 3 perkara ini:

1. Minta pelan topo daripada jurukur
2. Minta pelan susun atur daripada perancang bandar
3. Dan, minta pelan kerja tanah daripada jurutera tersebut.

Jika niat awal penjual hendak menipu, 3 pihak ini tidak akan wujud.

Kita tanya saja soalan itu, si penjual tadi akan ambil langkah 1000. Panggil pun tak dengar.. hehe..