Zaman Scam. Zaman ini zaman orang suka scam dan ramai ditipu.

Mahu buat duit dengan cepat, dikatakan buat bisnes.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sekarang ini musim gawat. Barang naik ekonomi tidak menentu.

Ini ada cara nak elak kena scam:

1. Gebang

Kalau ada orang di laman sosial, gebang lebih pasal buat bisnes tapi tak pernah nampak dia bisnes apa, kemudian dia ajak kongsi buat bisnes sama, itu scam.

Melainkan kalau dia ajak jual produk, kira jadi agen syarikat dia. Kalau MLM yang tidak suci ini, lari. Ciri MLM tidak suci, dia psiko gila babeng, suruh meminjam untuk masuk bisnes dia.

Kemudian cara nak dapat duit kena cari orang lain guna modus operandi yang sama.

Orang macam ini, dia sembang kuat, cakap pasal duit pakai angka. “5 angka, 6 angka.”

Cara nak balas orang macam ini, suruh dia taja kau, dia sendiri akan terkedu.

Oleh itu, kau cakap baik-baik dengan dia, “Bro/sis, ini bisnes yang salah. Ia bukan bisnes yang sebenar. Sila insaf.”

2. Fahami bisnes

Fahami bisnes itu apa. Bagaimana operasinya. Syarikat kecil, besar, korporat. Enterprise, PLT, Sdn Bhd, kena fahamkan.

Bila dah faham ini, baru kita akan faham cara menggerakkam bisnes. Payah. Lagi senang makan gaji.

Bisnes ini, susah-susah tapi berbaloi dengan pulangan jika berintegriti, berdisiplin dan tidak pentingkan diri sendiri.

3. Sistem agen

Fahami sistem agen itu apa. Ini bagi mereka yang mahu jadi agen.

Kos permulaan itu pasti ada, tapi tidak banyak. Ia fokus kepada jualan produk, ada sokongan kumpulan, insiatif dan lain-lain.

Kadang-kala, jadi agen pun boleh untung besar jika kena dengan caranya.

4. Francais dan pelesenan

Fahami francais dan pelesenan dengan betul.

Kedua-dua ini tiada yang salah. Asalkan anda faham kontrak dengan betul, lihat kemampuan.

Jika tidak mampu, jangan ambil. Kelak memakan diri.

5. Meniaga tepi jalan.

Ini ada risiko baik dan buruk.

Paling mudah nak dapat info ini, tanya terus orang yang meniaga dan tanya juga PBT kawasan untuk persediaan rapi.

6. Takaful

Elak menghabiskan duit dengan mengambil Takaful yang merepek. Jika ambil takaful, ambil untuk perlindungan.

Jika ada pakej simpanan, pergi haji, tolong jangan percaya.

Fahami konsep takaful, ia perlindungan, dan ia juga dikira sedekah. Jadi jika nak buat simpanan, pergi melabur di badan pelaburan.

Jika nak pergi haji, kumpul duit di Tabung Haji.

7. Rumah murah?

Jika ia bukan lelong, subsale, atau baru, sila lupakan. Mana ada benda senang-senang mahu dapat rumah murah.

Apa-apa pun, paling penting adalah banyakkan membaca, sembang dengan orang bisnes, tengok video yang memberi info.

Sentiasa update dan upgrade.

Jika dulu baca blog Bahasa Melayu, baca juga blog Bahasa Inggeris.

Jika dulu makan nasi, teruskan makan nasi.

Bantu orang lain, orang lain akan bantu kita.

Sekian.