Wabak coronavirus telah mencetuskan situasi panik selepas ia mula dilaporkan merebak ke beberapa negara luar dan yang paling terbaharu adalah Malaysia.

Kekecohan berlaku beberapa hari ini apabila empat warga China dilaporkan telah ditahan di Hospital Sungai Buloh selepas disyaki pembawa kepada wabak Coronavirus yang mula dikenal pasti di Wuhan, China.

Terbaharu, Masjid Putra di Putrajaya telah ditutup bagi tujuan lawatan buat pengunjung bukan beragama Islam susulan kebimbangan terhadap wabak yang mula menular.

Memetik laporan yang dikeluarkan oleh Selangor Kini, penutupan ini berkuatkuasa sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan nanti, tetapi masjid ini masih boleh dikunjungi bagi tujuan solat.

Pihak masjid juga meletakkan syarat bahawa pengunjung bukan beragama Islam boleh mengambil gambar masjid tetapi sehingga di hadapan pintu gerbang dan tidak lebih daripada itu.

Masjid Putra terkenal sebagai tempat tumpuan pelancong kerana seni binannya yang unik. Tambahan pula, Dataran Putra yang terletak di hadapan masjid tersebut sering menjadi tempat tumpuan untuk mengambil gambar.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai wabak coronavirus, klik pautan di bawah.

Saintis Pernah Beri Amaran Pada China Sejak 2017 Lagi Bahawa Sesuatu Yang Buruk Akan Berlaku

5 Filem ‘Hits’ Tentang Wabak Yang Anda Patut Tonton

Mahu Elak Coronavirus Merebak, China Masukkan Pesakit Dalam ‘Keranda Plastik’

Sumber