Baru-baru ini kawe (saya) terbaca beberapa posting berkenaan satu kontraktor yang didakwa menipu pemilik dengan tidak menyiapkan rumah mengikut perjanjian.

Sejujurnya kawe (saya) tidak mempunyai akses kepada kontrak tersebut, jadi kawe (saya) tidak mahu mengulas secara spesifik bagi isu tersebut. kawe (saya) lebih ingin berkongsi ‘way forward’ jika ada antara sahabat-sahabat mengalami situasi yang sama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berikut saranan kawe (saya):

Fahami kontrak

Berapa ramai antara kita yang betul-betul baca kontrak pembinaan? Jika baca pun, betul ke faham? Jika ditanya ‘apa beza CPC vs CCC’, ramai yang terkebil-kebil. Padahal itulah antara terma yang scammer suka pakai untuk mengelirukan pembeli.

Dalam kontrak sepatutnya ada perkara berikut:

  1. Tarikh Sign Agreement.
  2. Tarikh Siap.
  3. Maksud ‘Siap’. Ada macam-macam maksud, jadi kena faham betul-betul.
  4. Denda jika Kontraktor lambat siap. Jumlah tu mesti adil kepada pembeli. Ada kawe (saya) tengok RM200 setahun bagi projek RM3 juta. Sangat berat sebelah.
  5. Bahan-bahan binaan untuk dinding, bumbung, lantai, bilangan suis dan lain-lain.
  6. Nama-nama dan alamat kontraktor dan pemilik. Kadang-kadang dinyatakan alamat perunding dalam lampiran.
  7. Peringkat pembayaran – Sebelum pembeli bayar, setiap peringkat itu mestilah di perakui oleh perunding bertauliah, biasanya arkitek.
  8. Tempoh Tanggung Kecacatan. Maknanya tempoh kontraktor kena baiki apa-apa yang rosak di rumah secara percuma.

Dapatkan pandangan pakar

Memang senang utk pembeli claim ditipu, tapi siapa yang boleh sahkan claim tu? Bagaimana jika sebenarnya kontraktor memang mengikuti kontrak yang sememangnya tidak adil kepada pembeli? Dah satu hal pula!

Jadi dapatkan nasihat profesional dalam bidang pembinaan seperti arkitek, jurutera atau Quantity Surveyor. Peguam? Belum lagi, sabar tuan puan.

Ape yang pembeli perlu sahkan adalah:

  1. Kandungan kontrak yang adil – Arkitek / QS
  2. Pelan bangunan mendapat kelulusan majlis tempatan – Arkitek
  3. Reka bentuk di tapak mengikut pelan lulus – Arkitek dan Jurutera
  4. Progress di tapak mengikut bayaran yang telah dibuat – Arkitek, Jurutera dan Qunatity Surveyor
  5. Bahan-bahan binaan rumah mengikut kontrak SPA – Arkitek dan Jurutera

Bile kawe (saya) sebut ‘profesional’, maknanya mereka ini berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia (LAM), Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) atau Lembaga Jurukur Bahan Malaysia (BQSM). Baru kukuh pengesahan status pembinaan Tuan/Puan.

Elakkan membuat claim di media sosial

Ini antara benda yang ramai tidak tahu, tapi sangat penting. Sebelum kes kita selesai di mahkamah (atau mana-mana platform), jangan buat kenyataan untuk menyerang mana-mana pihak di media sosial.

Kalau kontraktor tu pandai dan cepat, dia boleh saman Tuan/Puan dulu. Ada kes orang dianiaya jatuh bankrap sebab ini. Bila dah bankrap, Tuan/Puan telah kehilangan hak untuk menyaman.

Sebab itu surat khabar sekarang banyak pakai tanda ‘?’ di kebanyakan claim atau tajuk. Itu pun disebabkan mereka banyak kali kena saman dan kalah.

Buat laporan rasmi

Lepas dah dapat pandangan professional, buat lah laporan rasmi ke badan-badan berikut:

  1. Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) – Untuk melaporkan salah laku arkitek.
  2. Board of Engineers Malaysia (BEM) – Untuk melaporkan salah laku jurutera.
  3. Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (BQSM) – Untuk melaporkan salah laku Quantity Surveyor atau QS.
  4. Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) – Untuk melaporkan salah laku kontraktor.
  5. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) – Untuk melaporkan salah laku pemaju.
  6. Majlis tempatan -Untuk melaporkan ketidak patuhan pembinaan.

Lantik peguam

Kalau Tuan/Puan rasa nak heret kes ke mahkamah, baru lah lantik peguam. Kalau tidak mahu lantik profesional di atas tapi nak terus lantik peguam pun boleh. Cume kawe (saya) sarankan cari peguam yg berkolaborasi dengan golongan profesional tadi dimana anda deal dengan peguam sahaja dan mereka akan melantik ahli profesional yang lain.

Ikut kes juga lah ya. Tak semua profesional perlu dilantik. Jadi dengar dan fahami pendapat peguam, dapatkan juga second opinion atau pendapat kedua dari peguam lain. Kita nak menang kan?

‘Medan Perang’

Ade banyak ‘medan perang’ utk kes-kes pembinaan ini. Semua bergantung kepada complexity atau kesulitan kes-kes tuan/Puan.

Ini langkah kawe (saya) sarankan:

  1. Discussion (perbincangan)- bincang dulu, tapi pastikan ada surat atau minit mesyuarat atau e-mel. Mesti rekod bertulis.
  2. Mediation (pengantaraan)
  3. Adjudication (memutuskan)
  4. Arbitration (penimbangtaraan)
  5. Litigation (litigasi)

Langkah 2 sehingga 4 itu lebih kepada melantik orang tengah bagi menyelesaikan kes kurang kompleks. Kalau hendak dibawa terus pegi litigation pun boleh. Ikut kemampuan juga.

Tapi sekurangnya dapatkan dulu pandangan profesional baru lah jelas hendak dibawa kes ke mana.

Potensi tuntutan

Bila sudah buat tuntutan ini mesti nak tahu apa yang Tuan/Puan dapat, kan?

Bergantung kepada kes masing-masing dan jika anda di pihak yang benar, berikut perkara yg boleh dituntut;

1) Batal Kontrak

– Dapat duit balik
– Dapat ganti rugi lain-lain jika terer
– Kes tutup.

2) Terus Pembinaan

– Tapi dapat duit mendenda kontraktor sehingga siap bangunan
– Rumah disiapkan ikut perjanjian asal. Jadi pastikan anda faham kontrak
– Rumah siap ikut lukisan asal. Faham kan lukisan betul-betul.

Setakat ini dulu perkongsian kawe (saya) kali ni. Semoga bermanfaat dan membantu anda yang berkaitan.

Kawe (saya) juga mengalu-alukan para sahabat untuk memberi pandangan dan membetulkan mana-mana yang salah. Semoga dapat sama-sama membantu sahabat yang teraniaya.

Sahabat prihatin,
Ar. Azwar

*Kawe adalah merupakan kata ganti nama yang merujuk kepada saya dan biasanya digunakan di dalam loghat dan dialek negeri Kelantan.

Baca mengenai keluhan netizen yang dilaporkan tertipu dengan skim pembinaan rumah yang dikatakan dikendalikan seorang artis veteran di pautan di bawah. 

Bayaran Penuh Dibuat Tetapi Rumah Terbengkalai, Netizen Bongkar ‘Scam’ Syarikat Milik Artis Veteran

Lihat Bagaimana Lelaki Dari Thailand Ini Bina Rumah Kucing Yang ‘Awesome’ Dengan Bermodalkan RM27,000

Daripada Konsep Hotel Sri Malaysia Ke Industrial, Lihat ‘Makeover’ Rumah Ini Yang Bermodalkan RM450,000

Sumber