Bermula dengan cadangan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, projek kereta tempatan ketiga ini nampaknya bakal direalisasikan menerusi syarikat Elenvi Otomotif Sdn Bhd.

Berbeza daripada pengeluaran dua jenama kereta sebelum ini, Elenvi Otomotif Sdn Bhd bakal menawarkan kereta elektrik dimana pelan perniagaan dan kerjasama strategik bakal dibentangkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
wb_04e0838ea961094a34dfd50c_1
Sumber: evsupport

Berdasarkan projek yang bakal dijalankan, dana sebanyak RM5 bilion ini bakal dibiayai oleh pelabur tempatan. Difahamkan jumlah dana ini bakal digunakan untuk pembangunan kilang pengeluaran berteknologi tinggi dalam menghasilkan kereta elektrik di Taman Perindustrian Enstek, Negeri Sembilan.

Menariknya, projek ini bakal menggunakan teknologi AI bersesuaian dengan standard industri 4.0 dimana mekanisma robot bakal memguasai industri bermula daripada peringkat reka bentuk sehingga jualan dan pemasaran.

Melihat kepada pelan yang dibentangkan, projek ini dijangka dapat menarik lebih banyak peluang pekerjaan buat anak muda sekaligus meningkatkan pengetahuan rakyat tempatan dalam menghasilkan kereta elektrik.

Sumber