Anda mungkin telah merasa minuman kopi durian, aiskrim durian atau tart durian, tetapi adakah anda pernah rasa gincu berperisa durian?

Elianto baru-baru ini memperkenalkan gincu “Elianto Musang King” di halaman Facebooknya. Gincu ini hadir dalam warna kuning terang, seakan-akan warna raja buah itu. Menurut jenama kosmetik Malaysia itu, gincu ini bebas dari racun perosak dan mempunyai aroma durian yang kuat yang memberikan rasa kepuasan yang sama seperti memakan Durian Musang King.

Elianto juga berkata, gincu “Elianto Musang King” merupakan hadiah buat rakyat Malaysia yang suka akan durian selain kajian saintifiknya dapat menghilangkan mabuk dan mencegah ketagihan alkohol.

Walau bagaimanapun, buat masa sekarang pihak Elianto belum meletakkan gincu ini untuk di jual di mana-mana kedai. Mereka mahu membuat validasi permintaan terhadap pasaran terlebih dahulu. Jadi, apa pendapat anda tentang gincu durian ini? Adakah anda akan beli?

durian-lipstick-

Sumber