Sejarah tercipta hari ini apabila pelari dari Kenya, Eliud Kipchoge berjaya mencipta rekod manusia pertama yang berjaya menamatkan maraton dalam masa bawah dua jam.

Beliau menamatkan larian bersejarah tersebut dengan masa 1 jam 59 minit 40.2 saat. Larian yang berlangsung di Vienna tersebut turut disokong oleh 41 pelari pacer yang menemani Eliud sepanjang larian ini.

S10
HYPE
Rakam Video Dan Terus Sunting, Ini Kelebihan Samsung Galaxy Note10 Untuk Anda Yang ‘On The Go’
Baca lagi →

Inilah Eliud Kipchoge dan juga pasukan pacer handalan dunia yang bakal menemaninya dalam cubaan menjadi manusia pertama…

Posted by JOM KITA LARI on Thursday, 10 October 2019

Kipchoge, 34 pernah membuat percubaan ini pada Mei 2017 di Monza, Itali tetapi gagal kerana menamatkan larian tersebut dalam masa 2 jam 25 saat.

Rekod ini tidak akan dicatat secara rasmi oleh International Association of Athletics Federations (IAAF) kerana larian ini berlangsung di luar kejohanan maraton profesional sebenar.

Untuk pengetahuan anda, 42KM adalah jarak untuk satu larian maraton dan Eliud adalah orang pertama yang berjaya menamatkannya di bawah masa dua jam. Tahniah Eliud Kipchoge!

Ini pula beberapa rekod hebat lain yang turut dipecahkan tahun ini. 2019 sememangnya satu tahun yang hebat.

‘Avengers: Endgame’ Akhirnya Tewaskan Avatar Sebagai Filem Paling Laris

Kasut Vintaj Nike ‘Moon Shoe’ Pecah Rekod Terjual Pada Harga RM1.8 Juta

Anda Mungkin Suka