Selama berabad-abad, manusia di seluruh dunia selalu terpesona dengan sesuatu yang diluar kebiasan. Dari ruang muzium perubatan hinga tayangan di pentas sarkas. Penampilan ‘unik’ dan jauh dari kebiasaan sering berjaya menangkap mata seseorang.

Hari ini, kita akan meneroka kisah hidup Ella Harper atau lebih dikenali sebagai gadis unta. Dia mengalami kecacatan yang luar biasa dan jarang berlaku, di mana lututnya bengkok ke belakang. Bagi Harper, berjalan dengan menggunakan tangan dan kaki lebih selesa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Gadis cantik ini dilahirkan pada 5 Januari 1870 di Hendersonville, Tennessee. Ayahnya bernama William Harper, bekerja sebagai seorang petani dan juga penjual saham terkenal di Sumner County. Ibunya pula bernama Minerva Ann Childress, bekerja sebagai suri rumah.

IMG_20200505_204648_compress83
Ibu bapa kepada Ella Harper

William dan Minerva mempunyai lima anak – Sallie, Willie, Ella, Jessie Dan Everett. Ada beberapa sumber menyatakan bahawa Everett adalah saudara kembar Ella yang meninggal dunia pada 4 April 1870, tiga bulan selepas kelahiran mereka berdua.

Ella dilahirkan dengan keadaan tidak normal, kesnya diklasifikasikan sebagai jarang berlaku. Lututnya membengkok kebelakang, sehingga memaksa dia berjalan dengan dua tangan dan dua kaki.

Perubatan moden mengklasifikasikan keadaannya dan bentuk kecacatan ini sebagai Genu Recurvatum atau kecacatan lutut kebelakang. Disebabkan bentuk kakinya dan cara dia berjalan, kebanyakan orang memanggilnya sebagai “Gadis Unta”.

Cerita disebalik “Gadis Unta”

Dia memulakan perjalanannya dalam dunia sarkas sekitar Oktober 1884, kebanyakan di St Louis dan New Orleans. Pada tahun 1886, nama Ella sudah mula popular ketika dia mewakili W. H. Harris’s Nickel Plate Circus. Dia sering keluar dengan seekor unta bersamanya.

Peluang ini direbut oleh W. H. Harris’s Nickel Plate Circus apabila menjadikan dia watak utama di setiap perkara yang membabitkan pemasaran. Kebanyakan iklan di surat khabar memanggilnya sebagai “the most wonderful freak of nature since the creation of the world”  atau “counterpart never did exist.”

12937034_133955688035
W.H.Harris

Sebilangan besar iklan di surat khabar memanggilnya sebagai “unta”. Dia ditekan sehingga dituduh penipu, kata mereka “dia hanya seorang wanita muda berwajah cantik yang lututnya berada di belakang dan bukannya di depan.” Beberapa siri tekanan ini membuatkan Ella berhenti dari melakukan pementasan sarkas pada akhir tahun 1886.

Ella menulis rasa terakhir sebagai ahli pementasan sarkas pada sebuah poskad, “Saya digelar gadis unta kerana lutut saya berpusing ke belakang. Saya boleh berjalan dengan baik dengan menggunakan tangan dan kaki saya seperti yang anda lihat di dalam gambar.

“Saya telah mengembara selama empat tahun untuk melakukan persembahan dan sekarang, ini adalah tahun 1886 dan saya berhasrat untuk berhenti dari melakukan persembahan dan mahu ke sekolah serta cuba menyesuaikan diri dengan pekerjaan lain.”

Selepas 1886, dia menghilang, tiada lagi yang mengingati Ella. Dalam dunia pementasan sarkas, dia seolah seperti hilang dari sejarah.

Ella meninggal dunia pada 19 December 1921 disebabkan kanser usus. Dia sempat berkahwin dengan seorang lelaki bernama Robert L. Savely. Dia juga mempunyai anak perempuan bernama Mabel Evans Savely yang lahir pada beberapa bulan selepas mereka berkahwin.

Untuk bacaan lanjut, baca kisah mengenai Ahmad Samerin, ‘owner’ kedai basikal yang berjaya memenangi RM1 juta pada tahun 1991. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kisah Ahmad Samerin, ‘Owner’ Kedai Basikal Yang Berjaya Memenangi RM1 Juta Pada Tahun 1991

Kenali John Carpenter, Seorang Ejen Dan Pemenang Pertama ‘Who Wants to Be a Millionaire’