Filem Mael Totey yang ditayangkan di Astro First berjaya meraih kutipan sebanyak RM5 Juta dalam masa 12 hari tayangan. Ini adalah satu rekod yang memberansangkan.

Terbaharu, Ellie Suriati telah memuji kejayaan filem tersebut tetapi masih tidak mencapai standard. Menurut Ellie, filem tersebut masih belum mencapai tahap teknikal sesebuah penerbitan filem dan tidak boleh meletakkan Mael Totey itu sebagai benchmark untuk karya kreatif yang sempurna.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lantaran itu, Syahmi Sazli kekal tenang dan tidak melatah serta mengakui dari segi teknikal memang tidak capai standard. Tambahnya, filem Mael Totey ini menggunakan modal yang sedikit dan jenis kamera juga tidak seperti yang dipakai oleh kebanyakan pengarah atau produksi filem besar di luar sana.

Mengambil perkara itu dari sudut positif, Syahmi akan memperbaikinya pada karya akan datang tetapi beliau tidak bersetuju dengan bentuk karya tidak capai standard. Syahmi menegaskan bahawa setiap pengarah memiliki arah dan kreativiti sendiri.

Justeru itu, Syahmi berterima kasih kepada peminat telah menonton filem Mael Totey. Apakah pendapat anda akan filem tersebut?

Tahukah anda bahawa terdapat 11 pengajaran yang boleh diperoleh usahawan melalui kejayaan filem Mael Totey? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

11 Perkara Usahawan Boleh Pelajari Daripada Kejayaan Mael Totey The Movie

Mengaku Tonton Mael Totey Secara ‘Haram’, Penonton Ini Minta Maaf Pada Syahmi Sazli

Umpama ‘Mocking’ Orang Susah, Program Realiti The House Mendapat Kecaman Netizen

Sumber