Sekiranya anda mengikuti perkembangan Elon Musk, pastinya anda cukup tahu beliau merupakan individu yang kerap berjanji demi inovasi yang lebih baik buat syarikat Tesla, Space X dan juga dunia. Ternyata untuk mengotakan segala janji-janji beliau, Elon perlu bekerja dengan lebih keras untuk menyempurnakannya seperti yang dijanjikan.

Terbaru, Elon Musk di dalam sebuah temubual mengatakan beliau kini tidak sempat untuk pulang ke rumah dan mendapatkan rehat yang cukup. Lebih mengejutkan beliau juga mengakui kini tidur di lantai kilang Tesla. Semuanya disebabkan untuk memastikan pengeluaran Tesla Model 3 berjalan dengan lancar.

https://twitter.com/elonmusk/status/980913157739765761?ref_src=twsrc%5Etfw&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.cnbc.com%2F2018%2F04%2F11%2Felon-musk-says-he-is-sleeping-on-tesla-factory-floor-to-save-time.html&tfw_creator=CNBC&tfw_site=CNBC

Elon Musk berpendapat tugas CEO tidaklah semudah yang disangka dimana pemimpin teratas berpeluang untuk bercuti manakala para pekerja berhempas pulas memajukan syarikat. Beliau juga tidak terlepas untuk mengeluh mengenai bisnes automotif yang sangat mencabar baginya.

Di dalam sebuah temubual yang lain, Elon Musk mengakui beliau sudah lama mempraktikkan jumlah waktu bekerja selama 100 jam di dalam satu minggu. Mungkin inilah resipi beliau terus menempa kejayaan berbanding pesaing.

20170807212150-GettyImages-622106032

Setakat 3 April, sebanyak 2,020 Tesla Model 3 telah dikeluarkan dimana syarikat ini menjanjikan untuk mengeluarkan sebanyak 2,500 unit menjelang akhir April dan 5,000 unit untuk tiga bulan daripada sekarang.

Jelas tidak ada magik untuk berjaya dan melangkah lebih jauh di dalam sebuah syarikat. Hanya kerja keras yang konsisten serta pasukan yang hebat yang bakal mencorak sesebuah syarikat.