Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pengasas Tesla dan SpaceX, Elon Musk pada minggu ini menyatakan bahawa dia kini sedang merancang untuk membina 1,000 kapal angkasa yang bakal menjadi pengangkutan utama manusia dan kehidupan lain ke Marikh, lapor Gadgets Now.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla menyatakan bahawa kehidupan berbilang planet bakal membantu memulihkan ekosistem di Bumi.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

Merujuk kepada cerita Nabi Nuh yang membina sebuah bahtera dengan tujuan untuk menyelamatkan umat manusia  daripada banjir besar, Musk berkata model kapal angkasanya pula bakal menjadi Bahtera Nuh Moden yang mampu menyelamatkan manusia daripada segala malapetaka yang akan berlaku di Bumi.

“Menjadikan kehidupan berbilang planet meluaskan skop & skala kesedaran. Ia juga membolehkan kita membuat sandaran biosfera, melindungi semua hidupan seperti yang kita tahu daripada malapetaka di Bumi,” tulisnya di laman Twitter.

“Manusia adalah penjaga kehidupan, kerana tiada spesies lain boleh mengangkut kehidupan ke Marikh. Kami tidak boleh mengecewakan mereka,” tambahnya.

Apabila seorang pengguna bertanya kepada Musk “apa rancangannya?”, dia menjawab, “Bina 1000+ kapal angkasa untuk mengangkut kehidupan ke Marikh. Pada asasnya, Bahtera Nuh (sangat) moden.”

SpaceX kini dalam perancangan untuk membangunkan Starship yang bakal membawa manusia dan kargo ke bulan, Marikh dan planet lain. Kenderaan itu terdiri daripada dua elemen: penggalak peringkat pertama yang dipanggil Super Heavy dan kapal angkasa peringkat atas yang dikenali sebagai Starship.

Musk sebelum ini berkata bahawa penempatan di Marikh dan penerokaan angkasa lepas bakal mengurangkan banyak kos kerana peralatan yang digunakan boleh dikitar semula.

Elon Musk jadi ‘gelandangan’ demi ke planet Marikh, jual rumah terakhirnya RM126 juta. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Elon Musk Jadi ‘Gelandangan’ Demi Ke Planet Marikh, Jual Rumah Terakhirnya RM126 Juta

Elon Musk Mahu Jadikan Perjalanan Ke Marikh Lebih Murah Daripada Membeli Rumah

Kisah Tukang Kayu Bina Replika Bahtera Nabi Nuh Selama 7 Tahun