Setelah lama bermain ‘tarik-tali’ soal pembelian platform media sosial Twitter melibatkan Elon Musk, individu yang merupakan manusia terkaya dunia ini sekali lagi dilaporkan sedia melengkapkan pembelian Twitter seawal minggu ini.

Menerusi perkongsian daripada Watcher Guru, Elon Musk hampir pasti bakal mendapatkan platform yang sudah lama berada dalam senarai beliau dengan harga yang hampir sama seperti yang diumumkan sebelum ini iaitu sekitar $44 bilion (~RM208 bilion).

Baca Juga:

Untuk pengetahuan, ini bukanlah kali pertama Elon Musk meluahkan minat untuk membeli platform Twitter. Sebelum ini, beliau telah memaklumnya kepada umum sebelum bertindak untuk membatalkan pembelian yang sekaligus mendesak Twitter untuk menawarkan data berkaitan spam seperti yang dimahukan Elon Musk.

Bukan itu sahaja, Elon Musk juga pernah membuat saman balas kepada Twitter selepas platform tersebut mendakwa Elon Musk sengaja memburukkan platform tersebut.

Pastinya ramai yang mengharapkan pembelian ini berjaya dilengkapkan memandangkan Elon Musk turut berjanji beberapa perkara sekiranya berjaya membeli platform Twitter.

Sumber