Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Kelantangan Elon Musk dalam membawa perubahan bagaimana sosial media harus beroperasi telah menerima pelbagai reaksi dari sejumlah pihak. Malah, banyak pihak yang menarik diri daripada berhubung dengan syarikat Twitter.

Artikel Berkaitan:

Terbaharu, Elon Musk menyatakan bahawa beliau sedia membangunkan telefon tersendiri sekiranya Apple dan Google membuang aplikasi Twitter daripada gedung aplikasi masing-masing. Malah, telefon ini bakal menjadi pesaing baharu bagi kedua- dua platform terkemuka iaitu Android dan iPhone pada masa kelak.

Kita sedia maklum sejak Elon Musk mengambil alih platform Twitter telah timbul pelbagao kontroversi yang mungkin melanggar prosedur gedung aplikasi terkemuka tersebut. Hal ini sekaligus menimbulkan kemungkinan aplikasi Twitter akan dibuang pada masa kelak.

Menerusi inisiatif Elon Musk memfokuskan penjanaan pendapatan melalui langganan dan sebagainya, terdapat spekulasi mengatakan mungkin suatu hari membawa kepada pertikaian antara Elon Musk bersama penyedia gedung aplikasi ini.

Sebelum ini juga sudah kedengaran spekulasi berkenaan Tesla Pi Phone yang mahu dibangunkan oleh Elon Musk sendiri. Perkara ini boleh menjadi kenyataan sekiranya platform Twitter benar-benar dibuang daripada kedua-dua penyedia gedung aplikasi terkemuka pada masa kelak.