Sejak Elon Musk mengambil alih platform Twitter, pelbagai masalah dalaman yang melanda sehingga menyebabkan mereka kerugian lebih jutaan ringgit pada setiap hari. Perkara ini memberikan kesan negatif kepada reputasi dan juga pertumbuhan syarikat itu.

Kini masalah masih berlarutan dan Elon Musk sudah memberi gambaran bahawa Twitter mungkin berdepan muflis susulan status kewangan syarikat tersebut dilihat tidak seimbang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Lebih parah lagi, mereka bukan sahaja tidak boleh menjana pendapatan ekoran pengiklan sudah beralih ke platform lain malahan sebahagian eksekutif utama Twitter dalam bahagian keselamatan, privasi dan pematuhan sudah mula mengangkat kaki daripada syarikat tersebut.

Dilaporkan sebelum ini bahawa Twitter mengalami kerugian RM19 juta sehari yang mana mendorong kepada aliran tunai negatif mencecah berbilion dolar tidak lama lagi. Di samping itu, Elon Musk juga telah memanggil semula pekerja yang dipecat untuk berkerja serta dipaksa bertugas sehingga 80 jam seminggu untuk mengatasi isu dalaman syarikat.