Sekitar awal tahun ini, Elon Musk telahpun membangunkan sebuah syarikat yang dinamakan sebagai Boring Company. Mengapa Boring? Idea asalnya datang ketika beliau bosan menunggu kesesakan lalu lintas sewaktu pulang dari pejabat. Melalui idea yang dihasilkan, beliau berpendapat untuk mengorek sebuah kawasan bawah tanah untuk mewujudkan sebuah terowong yang dinamakan Boring tunnel.

Kami tidak pasti sama ada beliau sudahpun merancang atau sebaliknya namun apa yang beliau katakan melalui laman Twitter beliau, beliau belum mempunyai pelan yang kukuh mengenai terowong yang dihasilkan namun beliau bakal memastikan terowong ini bakal dikorek dengan dalam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

elon-musk-1-e1493514940669

elon-musk-2

Hampir 11 bulan berlalu, kini Elon Musk berpeluang untuk menggunakan terowong hasil usaha syarikatnya yang menghubungkan rumah beliau ke pejabat dalam jangka masa 6 minit sahaja. Sesuatu yang sangat hebat jika dibandingkan dengan kesesakan yang terpaksa beliau lalui sepanjang satu jam melalui jalan biasa.

Setakat ini, projek Boring Company masih lagi menjadi misteri dan belum siap sepenuhnya sebelum dibuka buat orang ramai. Berdasarkan kelajuan pengangkutan 209km/h yang ditawarkan di dalam terowong, mungkin ini solusi yang ‘tidak sengaja’ Elon Musk cipta buat Rakyat Los Angeles. ‘Elon, you’re genius!’.

https://www.instagram.com/p/BazkWGvAsPJ/?taken-by=elonmusk

Buat yang terlepas kisah kejayaan Elon Musk pada minggu lepas, beliau telahpun berjaya menghasilkan bateri terbesar dunia di Australia. Lebih menarik beliau berjaya menyiapkannya dalam jangka masa 100 hari seperti yang dijanjikan.

https://www.youtube.com/watch?v=u5V_VzRrSBI