Anda tidak perlukan ijazah untuk bekerja dengan Elon Musk, CEO Tesla.

“Ya,” kata Musk apabila ditanya sama ada dia memerlukan para pekerjanya memiliki sebuah ijazah.

“Tidak ada keperluan untuk mendapatkan ijazah sama sekali, atau bahkan untuk lulus sekolah menengah,” kata Musk setelah ditanya sama ada beliau menilai seseorang itu daripada ijazah yang diperoleh.

“Jika seseorang lulus dari sebuah universiti yang hebat, itu mungkin merupakan petunjuk bahawa mereka akan mampu melakukan perkara yang hebat, tetapi itu tidak semestinya berlaku. Sekiranya anda melihat, contohnya, orang seperti Bill Gates atau Larry Ellison, Steve Jobs, orang-orang ini tidak lulus dari kolej, tetapi jika anda berpeluang untuk mengupah mereka, tentu saja itu akan menjadi idea yang baik. ”

Musk berkata bahawa beliau tidak mencari graduan daripada universiti yang hebat tetapi mencari ‘bukti keupayaan luar biasa’ dalam diri pekerja tersebut.

“Jika terdapat rekod pencapaian luar biasa, maka kemungkinan [pelajar] itu akan berjaya di masa depan,” kata Musk.

Musk berkata apabila menemuramah calon pekerja, dia akan meminta mereka untuk memberikan ringkasan kerjaya mereka dan menerangkan bagaimana mereka menyelesaikan beberapa masalah yang paling sukar pernah mereka hadapi.

Untuk memastikan orang yang ditemuduga tidak mengambil kredit untuk kerja orang lain, Musk akan bertanya soalan terperinci tentang masalah yang mereka gambarkan.

Walau bagaimanapun, Musk adalah penerima ijazah sarjana muda dalam fizik dan ekonomi dari University of Pennsylvania.

Tesla sebelum ini berjaya mengeluarkan model baharu Cybertruck. Klik pautan di bawah untuk membaca.

2 Sebab Tesla Cybertruck Berjaya Terima 200,000 Tempahan Dalam Tempoh Tiga Hari

SpaceX Dan Tesla, Perbandingan Dua Syarikat Gergasi Kendalian Elon Musk