Sebut sahaja nama Elon Musk, pastinya orang ramai mengenali siapa individu popular ini. Bermula daripada Paypal dan hari ini menjadi CEO di Space X dan Tesla membuatkan orang ramai menggelarkan beliau sebagai ‘Tony Stark’ dunia sebenar.

Pada kali ini, Elon Musk kembali lagi mencipta kontroversi melalui laman Twitter dengan tweet ‘FREE AMERICA NOW’. Tweet yang dibuat ini ditujukan kepada kerajaan Amerika Syarikat untuk segera menamatkan lockdown sekaligus membolehkan orang ramai kembali bekerja semula bagi merancakkan ekonomi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tidak cukup dengan itu, Elon Musk turut mengeluarkan tweet ‘Give people their freedom back!’. Beliau juga turut mengucapkan tahniah kepada Texas selepas tidak lagi menjalankan perintah lockdown meskipun merekodkan lebih 690 kematian sehingga kini.

Di sebalik cadangan yang dikemukakan beliau, idea beliau pada kali ini nampaknya kurang disenangi oleh orang ramai melihatkan jumlah kes positif di Amerika Syarikat masih lagi mencecah 20,000 orang setiap hari

Dalam pada itu, masih terdapat juga individu yang menyokong beliau. Menurut golongan yang menyokong beliau, lockdown di Amerika Syarikat harus segera ditamatkan kerana ia hanyalah propaganda pihak Amerika Syarikat yang menjamin keselamatan sebaliknya menghalang hak kebebasan orang ramai.

Untuk pengetahuan, ini bukanlah pertama kali Elon Musk mencipta kontroversi. Beliau sebelum ini seringkali hadir dengan gimik dan idea yang gila membolehkan beliau mendapat perhatian media.

Sama ada dirancang mahupun tidak tindakan beliau masih tidak diketahui. Antara gimik beliau yang paling diingati ramai sudah pastinya insiden cermin pecah sewaktu pelancaran Tesla Cybertruck. Insiden tersebut secara tidak langsung membolehkan beliau mendapat ‘pengiklanan’ secara percuma terhadap model syarikat beliau bakal tawarkan.

960×0
Sumber: Forbes

Sekitar bulan lalu, Elon Musk turut menjangkakan kes COVID-19 di Amerika Syarikat bakal tamat di negara tersebut menjelang hujung April. Memasuki 30 April pada hari ini, nampaknya ramalan Elon Musk jelas tersasar jauh.

P/S: Jangan lupa pakai topeng muka ketika keluar rumah. Jika anda sedang mencari, tekan di sini kerana MR.DIY akan beri potongan harga RM10 untuk setiap pembelian sekotak topeng muka (50s). Cepat sebelum kehabisan stok.

Kami kongsikan juga beberapa gimik yang pernah dilakukan Elon Musk sebelum yang berjaya mendapat perhatian daripada orang ramai.

Cermin Retak Sewaktu Pelancaran Tesla Cybertruck Sekadar Gimik Daripada Elon Musk?

Elon Musk Tampil Dengan ‘Gimik’ Terbaru Sempena Perasmian Kilang Tesla Di China

Elon Musk Hampir Pasti Akan Berpindah Ke Planet Marikh

Sumber