Disaat terdapat para jutawan dan bilionair dalam dan luar negara mendapatkan populariti hasil daripada berita sensasi atau gosip, Elon Musk nampaknya terus konsisten menempa nama dengan kejayaan serta inovasi terbaru beliau.

Pada minggu ini, Elon Musk akhirnya berjaya mendapatkan semula domain yang pernah menjadi kepunyaan beliau sejak 1999 iaitu X.com yang diletakkan dibawah hak intelek Paypal.

Berikutan pemecatan beliau sebagai CEO Paypal pada tahun 2015, beliau sekaligus terpaksa melepaskan hak pemilikan domain yang pernah menjadi miliknya.

Dua tahun berlalu, kini kekayaan yang ada pada Elon Musk berjaya membolehkan beliau mendapatkan kembali domain ini dengan harga pembelian yang dirahsiakan.

Walaubagaimanapun, difahamkan harga pembelian domain ini berjaya dibeli dengan harga mencecah lapan angka sekaligus menjadikan harga domain ini antara termahal di dunia.

Pembelian domain ‘X.com’ ini secara tidak langsung berjaya melengkapkan ‘Triple X’ kepunyaan Elon Musk yang terdiri daripada X.com, Model X dan Space X.

Sumber