Elon Musk dalam satu tweet terbaharu telah mendedahkan rupa sebenar SpaceX Starship yang sememangnya menepati ilustrasi pelan rekaan. Impian Elon untuk menambah tingkap pada rekaan Starship tersebut juga menjadi kenyataan.

Menurut Elon, prototaip SpaceX Starship tersebut juga sudah bersedia untuk dilancarkan dalam empat hingga lapan minggu lagi. Orang ramai memberikan komen rupa bentuk luaran Starship tersebut yang sama sahaja seperti rekaan sebelumnya sekitar tahun 1950-an dengan bentuk bullet dan mempunyai 3 sayap di bahagian bawah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Starship yang bakal dilancarkan sekitar bulan Mac nanti berukuran 30 kaki lebar diperbuat sepenuhnya dengan besi tahan karat. Starship sebenar akan dilancarkan pada tahun 2020 nanti yang akan disertai seramai 100 orang penumpang. Agak menarik untuk menyaksikan bagaimana servis misi eksplorasi ke angkasa yang bakal dijalankan SpaceX buat orang ramai.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.