Lebih kurang sedekad yang lalu, Munculnya Elon Musk selaku CEO Tesla menyenaraikan segala pelan jangka masa panjang Tesla. Antaranya, membina sebuah sports car dengan penguasan elektrik serta membina beberapa kereta elektrik mampu milik yang disukai ramai.

Menyatakan pelan ini pada sebuah syarikat baru sahaja ditubuhkan pada 2003 mungkin kelihatan kurang realistik namun agak berbeza bagi Tesla dan Elon Musk. Tidak hairanlah Elon Musk dilabel sebagai ‘Tony Stark’ dunia sebenar. Seems legit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

rsz_rts2sr2-e1454024469920

Menerusi pelan terbaru daripada Elon Musk, beliau mahukan Tesla untuk membina solar panel. Ya, sekadar solar panel yang diletak pada bumbung rumah. Mungkin Musk melihat industri solar di dunia ini masih banyak perlu diperbaiki. Tambahan pula dengan kepakaran Tesla untuk menghasilkan bateri yang efficient, saya yakin solar panel ini bakal menjadi keperluan di masa akan datang.

Selain itu, Tesla pada waktu ini sedang membangunkan lebih banyak kereta dengan segmen berbeza. Jika sebelum ini, Tesla sudah berjaya menghasilkan sports car dan sedan, kini tumpuan Tesla beralih kepada SUV dan pickup truck. Ternyata Elon Musk mempunyai visi yang jauh mengenai kereta elektrik sehinggakan pickup truck juga bakal mempunyai teknologi yang sama.

autopilot_01

Tiba masanya untuk Elon Musk umumkan dua lagi perkara yang bagi saya sangatlah awesome dan cool. Menurut Elon Musk, setiap individu cuma menggunakan kenderaannya 5 hingga 10 peratus setiap hari. Dalam erti kata lain, kenderaan lebih banyak masa direhatkan.

Musk impikan sebuah setiap individu menerima wang hasil daripada penyewaan kenderaan kepada orang lain. Dan cara ini bukanlah kaedah penyewaan yang selalu kita lihat. Memandangkan Tesla mempunyai teknologi pandu sendiri yang canggih, perkara ini dilihat lebih mudah untuk sebuah kenderaan disewakan. Futuristik bukan?

Teknologi pandu sendiri juga akan diperkemaskan dimana Tesla menjanjikan pemanduan 10 kali lebih selamat berbanding manual. Jika ada fikir pelan ini begitu futuristik, fikir kembali pelan Elon Musk sedekad yang lalu.

ashlee_vance_elon_musk_1

Kami ingin mengucapkan ‘all the best’ Elon Musk. Selamat mengubah dunia kearah lebih eco-friendly dan futuristik.