Siapa sangka hanya dengan sebuah tweet, Elon Musk telah disabit kesalahan sekaligus didenda serta dipaksa meletak jawatan di sebagai pengerusi di Tesla. Bukan itu sahaja, malah Tesla juga turut didenda berikutan keputusan yang dibuat.

Semuanya bermula apabila beliau mula memuat naik sebuah tweet yang secara tidak langsung bakal memberi kesan kepada pemegang saham. Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) berpendapat tweet yang dimuat naik Elon Musk ini telah melanggar peraturan sedia ada serta berpotensi untuk pemegang saham ditipu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan keputusan yang dibuat SEC, Elon Musk dan Tesla telah disabit kesalahan dan masing-masing telah dikenakan denda sebanyak $20 juta (RM82.85 juta). Elon Musk juga dihalang untuk menjadi pengerusi Tesla selama tiga tahun dimana syarikat ini perlu mendapat pengganti terbaru bagi mengisi kekosongan jawatan ini.

Lebih parah, saham syarikat Tesla telahpun jatuh sebanyak 14% selepas berita mengenai Elon Musk dan Tesla didenda. Meskipun didenda dengan nilai $20 juta, kini nilai saham didalam Tesla masih lagi kekal bernilai $8.9 bilion.