Sekiranya anda sering mengikuti temuramah atau berita mengenai Elon Musk, pastinya anda mengetahui betapa obsesnya beliau terhadap Planet Marikh. Bermula dengan sekadar angan-angan, beliau telahpun memulakan misi awal ke Planet Marikh dengan menghantar Tesla Roadster menggunakan kepakaran roket Space X yang juga milik syarikatnya ke planet tersebut.

Menerusi temuramah yang terbaru beliau bersama HBO, beliau yang digelar sebagai ‘Tony Stark’ diatas kepakaran serta inovasinya menyatakan beliau meletakkan sasaran 70% beliau akan berpindah ke Planet Marikh. Lebih mengangumkan, beliau mengatakan penghijrahan beliau akan berlangsung tidak lama lagi setidaknya dalam jangkahayat beliau.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Membincangkan soal misi beliau ke Planet Marikh, Elon Musk turut menegaskan penghijrahan ke Planet Marikh bukanlah misi terakhir beliau dalam meletakkan dirinya sebagai individu yang kaya dan hebat, malah beliau melihat Planet Marikh sebagai penempatan baru.

Kini beliau bersama pasukan sedang mengkaji keperluan serta kelengkapan yang perlu ditawarkan di planet tersebut dalam memberikan peluang kepada lebih ramai orang untuk mendiami planet tersebut. Pada kami, pengumuman Elon Musk pada kali ini jauh lebih ‘gila’ berbanding idea-idea beliau sebelum ini.