Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan SpaceX Elon Musk telah memutuskan untuk menjual rumah terakhirnya di Amerika Syarikat. Keputusan itu dibuat selepas dia berulang kali berkata dia mahu menjual sebahagian besar hartanya, termasuk semua rumahnya bagi membiayai misi ke Marikh. Menurut Business Insider, hartanah Elon Musk seluas 47 ekar di Hillsborough di Kawasan Teluk San Francisco itu dijual pada 2 Disember lalu dengan harga sekitar $30 juta atau RM126 juta, menurut MLSListings.com.

Difahamkan bahawa rumah itu telah dijual kepada seorang individu yang enggan didedahkan identitinya. Rumah yang dibeli oleh Musk pada tahun 2017 dengan harga USD$ 23 juta itu sebelum ini adalah kepunyaan Christian de Guigne IV yang sudah mendiami rumah itu selama 150 tahun. Musk difahamkan telah menjual hartanahnya sejak Mei lalu bagi membiayai misi membina koloni di Marikh, di mana beliau mahu menghantar 1 juta orang ke Marikh menjelang tahun 2050.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Musk kelihatan serius untuk menjual ‘hampir semua’ harta bendanya satu demi satu untuk membiayai rancangan ke Marikh, walaupun ia bermaksud ‘Musk tidak akan mempunyai rumah.’ Dia yang sebelum ini mempunyai aset hartanah dengan nilai lebih dari USD$ 100 juta telah menjual sebahagian daripadanya, termasuk tiga rumah di kejiranan Bel-Air di Los Angeles dan ladang yang sebelum ini dimiliki oleh pelakon Gene Wilder.

“Ia akan memakan banyak sumber untuk membina sebuah bandar di Marikh,” kata Musk kepada Mathias Döpfner, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat induk Insider, Axel Springer, dalam temu bual Disember lalu. “Saya mahu menyumbang sebanyak mungkin bagi membina sebuah bandar di Marikh.” Dia turut akui kepada Döpfner bahawa pada masa ini, dia pada dasarnya tidak memiliki apa-apa selain saham dalam syarikatnya, “Orang ramai akan menyerang saya dan berkata, ‘oh, dia mempunyai semua harta ini. Dia mempunyai semua rumah ini.’ Okay, sekarang saya tidak memilikinya lagi,” tambahnya.

Orang kedua terkaya di dunia, Elon Musk kini memulakan hidup baru dengan tinggal di rumah sewa yang minimalis dan tidak kelihatan mewah. Musk secara ringkas menciap bahawa kediamannya kini adalah sebuah rumah sewa kecil di Boca Chica, Texas, berhampiran tapak pembangunan dan ujian roket SpaceX.

Manusia terkaya di dunia Elon Musk mahu sedekah RM400 juta, berikut adalah syarat-syaratnya. Untuk membaca, klik pautan di bawah.

Manusia Terkaya Di Dunia Elon Musk Mahu Sedekah RM400 Juta, Berikut Adalah Syarat-Syaratnya

Elon Musk Sedia Terima Pekerja Tanpa Pendidikan Tinggi Bekerja Di Tesla

Misi Menyelamat Pasukan Elon Musk Hanyalah Untuk Mencari Publisiti