Anda dah tonton filem Alien Covenant? Misi Covenant adalah untuk mengembara ke planet yang sesuai untuk didiami manusia dan membina koloni manusia di sana. Idea pengembaraan dan membina koloni ini diambil serious oleh pengasas Tesla, Elon Musk.

Untuk syarikat SpaceX, misi utama beliau kini adalah untuk menjadikan kos perjalanan ke angkasa lepas mampu milik untuk semua. Beliau mahu manusia mula mengembara planet Marikh dan cuba membina tamadun baharu di sana.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Kita tidak boleh membina tamadun baharu jika tiket untuk ke sana melebih USD10 billion seorang. Jika kita dapat menurunkan kos ke Marikh kepada harga sebuah rumah di Amerika Syarikat iaitu dalam USD200 ribu, jadi saya berpendapatan yang kita memang dapat untuk menghasilkan tamadun baharu di sana,” tulis Musk dalam jurnal 16 muka surat yang dihasilkannnya untuk misi ke Marikh ini.

Masalah utama pengembaraan ke Marikh selepas travelling cost adalah cara untuk mengisi minyak kapal untuk ke Marikh. Musk memberi idea ketika pelancaran, kapal akan terbang bersama booster di mana booster ini apabila habis digunakan, akan kembali ke bumi. Booster berkenaan akan digunakan kembali untuk penerbangan dari bumi ke Marikhyang seterusnya. Tetapi di Marikh juga perlu terlebih dahulu dibina tempat untuk isian minyak untuk kapal dari Marikh kembali ke bumi.

Dengan kebolehan kapal angkasa yang kita ada sekarang, masa perjalanan untuk ke Marikh adalah sekitar 150 hingga 300 hari. Tetapi Musk berharap agar satu hari nanti, masa perjalanan ke Marikh dapat disingkatkan dari 150 hari ke hanya 30 hari. Jika anda sanggup bayar, maka anda boleh pergi ke Marikh. Itulah visi Musk.

Musk berharap sistem yang beliau rancang ini dapat dilaksanakan seawal 2023 dan harapannya paling besar adalah kita dapat mengembara lebih jauh dari planet Marikh jika semuanya berjalan lancar.

Anda boleh baca tulisan penuh Musk berkenaan misi ini di sini. Adakah program Space X ini akan dapat dilaksanakan pada tahun 2023 ini? Musk sangat optimis dengan misi SpaceX ini. Sekarang cuma perlu cari funder dan krew yang mahu melibatkan diri dalam misi ini.

Sumber