Sehingga ke hari ini, pembelian Twitter oleh Elon Musk masih belum sampai kata sepakat. Walaupun beliau pernah menarik diri kerana merasakan platform tersebut tidak telus, kini tampil menyatakan hasratnya untuk meneruskan pembelian seperti yang dirancang.

Menerusi laporan The Washington Post, sekiranya beliau berjaya membeli Twitter kelak, Elon Musk sudah merancang untuk membuang lebih 75% tenaga kerja di platform tersebut. Ini bersamaan dengan 5,625 dari jumlah keseluruhan iaitu 7,500 kakitangan Twitter pada ketika ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Modlar

Tindakan ini diambil atas dasar mahu menggurangkan kos operasi yang membuatkan syarikat kelihatan lebih menguntungkan. Selepas itu, barulah dapat menarik minat pelabur untuk melabur ke dalam platform tersebut dan meneruskan agenda yang dirancang.

Malah, syarikat Twitter ketika ini pun sudah mengecilkan skala tenaga kerja dan juga infrastruktur termasuk pusat data kerana mahu kekal bertahan untuk terus bersaing dengan platform media sosial lain. Elon Musk terpaksa mengambil langkah drastik ini agar boleh menampung kos operasi yang tinggi dan meningkatkan pertumbuhan syarikat.