Sekiranya anda mengikuti perkembangan Elon Musk, pastinya anda cukup tahu mengenai peribadi beliau yang begitu ‘obses’ dengan cita-citanya untuk ke planet Marikh.

Sekitar Khamis minggu lepas, Elon Musk dalam satu kiriman ciapan di Twitter miliknya berkongsi bahawa beliau telah menjual semua rumah miliknya kecuali ‘kediaman istimewa’ di Bay Area, San Francisco bagi membiayai projek pembinaan bandar dan penempatan 1 juta ‘koloni’ manusia yang akan dihantar ke Marikh pada tahun 2050, lapor Insider.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Ya, saya telah jual semua rumah saya, kecuali sebuah kediaman di Bay Area yang buat masa ini saya sewakan sebagai tempat untuk beberapa acara majlis,” tulis Elon Musk.

Mungkin amat berat untuk melepaskan ‘kediaman istimewa’ di Area Bay yang juga merupakan kediaman terakhir milik Elon Musk. Namun demi impiannya itu, Elon Musk pada Isnin kelmarin memberitahu di Twitter bahawa beliau merancang untuk menjual rumah terakhirnya itu kepada sesiapa yang berminat untuk membelinya.

“Projek ini dijangka akan memerlukan sumber dana yang banyak untuk mewujudkan sebuah bandar di Marikh.

“Oleh itu, saya mahu menyumbang modal sebanyak yang mungkin demi pembinaan sebuah bandar di Marikh,” kata Elon Musk kepada Ketua Pegawai Eksekutif Axel Springer, Mathias Dopfner dalam satu program bual bicara pada Disember lalu.

Untuk rekod, pada Mei tahun lalu, pengasas roket SpaceX dan kereta Tesla itu pernah berjanji untuk menggadaikan seluruh harta serta kekayaan miliknya menjelang pelancaran program penempatan koloni manusia di Marikh pada tahun 2050.

Agak menarik cita-cita Elon Musk ini umpama kisah dalam filem sains fiksyen Hollywood yang biasa kita tonton. Sekiranya diberikan peluang untuk menyertai program Elon Musk ini, adakah anda berminat?

Terdahulu, Elon Musk pernah menjual rumah milknya di Los Angeles dengan harga RM13.35 juta. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Elon Musk Sedia Jual Rumah Di Los Angeles Dengan Nilai RM13.35 Juta

Elon Musk Umum Satelit Doge-1 Bakal ‘To The Moon’ Seawal Tahun Hadapan

Misi Ke Marikh Tahun 2024, NASA ‘Benarkan’ Angkasawan Jadi Kanibalisme

Sumber